'Namun…' Leylin mengusap-usap mukanya yang dilitupi Topeng Dreamless, topeng yang mempunyai kesan garis-garis keemasan merah terukir padanya, "Topeng ini terlalu mencolok mata. Ia tidak sesuai untuk bersembunyi.'
Gelombang cahaya putih tulen tiba-tiba terpancar dari tubuh Leylin. Dalam cahaya yang cemerlang dan mempesonakan itu, sisik padat putih muncul pada Topeng Dreamless dan aura unik keturunan darah Alabaster Devilsnake diperkuatkan tanpa henti.
Akhirnya, seluruh topeng itu menjadi ilusi dan melenyap ke dalam tengkorak Leylin. Bagaimanapun, satu lapisan sisik putih yang nipis menggantikan topeng itu.
Selepas kerdipan cahaya putih itu, muka Leylin mengalami penjelmaan yang besar. Keningnya menjadi lebih nipis dan panjang, matanya yang merah kini memancarkan cahaya yang menakutkan. Lidahnya bercabang sedikit dan terakhir sekali, giginya menjadi tajam dan kelihatan mengancam.