Berdasarkan maklumat yang Leylin perolehi, pelbagai kaum kenamaan memerintah di benua-benua berbeza di Dunia Barzakh.
Walaupun Benua Hail merupakan wilayah yang diperintah oleh Ular Dowager, terdapat sebuah pelabuhan yang memuja Nefarious Filthbird berhampirannya. Ini hanya merupakan sejenis percubaan dan hasutan.
'Ular Dowager dan Nefarious Filthbird pastinya mempunyai hubungan yang tegang!" Leylin mengangguk ketika mengingat kembali adegan di mana dia melalui penghalang Dunia Barzakh.
'Tetapi aku rasa semua ini tidaklah semudah itu…' Leylin mengusap dagunya sambil berfikir tentang sesuatu, "Pasangan bapa dan anak itu, Geiger dan Geiger Dole agak mencurigakan!'
Oleh sebab mereka adalah golongan Beholder, mereka memuja Mata Percubaan kuno. Bagaimanapun, pelabuhan ini berada di bawah perlindungan Nefarious Filthbird. Walaupun kemasukan ke pelabuhan dibenarkan secara bebas, ia masih agak aneh untuk mereka datang ke sini.