Seorang lelaki kacak dan seorang gadis pelahap sedang duduk bersama-sama di dalam sebuah cafe di jalan komersial itu. Mereka kelihatan seperti pasangan biasa tetapi perbualan mereka akan menakutkan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Bagaimanapun, di atas sebab yang tidak diketahui, pelanggan dan pelayan di sekitar bereaksi seperti mereka tidak mendengar perbualan lelaki dan gadis itu, sibuk melayani hal mereka sendiri.
Satu-satunya perkara yang berlak adalah beberapa gadis dan pelayan cantik merenung tajam ke arah gadis yang duduk bertentangan dengan Leylin itu. Sekiranya pandangan boleh membunuh, gadis itu telah dibunuh berjuta-juta kali.
"Haha... Seronoknya! Cemburu orang lain sangat menakjubkan, sempurna. Saya berasa sangat diberkati!" Magus wanita itu penuh dengan kegembiraan, bintang-bintang kecil yang berkelipan ingin meletup keluar dari matanya.