Jika laluan yang diambil oleh Leylin telah dipenuhi dengan makhluk-makhluk kegelapan dalam perjalanan ke ibu kota timur, perjalanan itu tidak akan begitu sunyi.
Walaupun Leylin selamat dan terus hidup, Baelin, Jenny dan James pastinya akan mati di dalam mulut binatang-binatang elemen kegelapan ini.
Jelas, di dalam gua-gua ais itu, di tempat-tempat binatang-binatang ini berkumpul, mereka pasti bencikan cahaya; mereka akan menyerang habs-habisan sekiranya terdapat sebarang cahaya.
"Bahkan aku pun perlu menghabiskan banyak masa dan sihir untuk menangani semua kelawar itu setiap hari. Ia tidak berbaloi."
Leylin mengeluh.
Walaupun kumpulan kelawar itu telah mengamuk sana sini, dia telah menggunakan sihir penyembunyian. Oleh itu, dia tidak akan dikejar atau diserang oleh kumpulan kelawar itu.
Selepas melakukan beberapa eksperimen, Leylin membuat keputusan.
"Night Vision!" Dia menggunakan sihir ini pada dirinya sendiri.