"Oh! Tidak tidak tidak! Awak salah faham!" Leylin tergesa-gesa menggeleng kepalanya.
"Semasa saya berkenalan dengan Jenny, saya tidak berniat untuk mencampuri di dalam perselisihan dalaman Keluarga Argus!"
Leylin menyatakan pendiriannya.
Hanya dengan satu ayat, bencana yang menimpa Jenny dan ayahnya akan diselesaikan. Malah Lucas tidak akan mempunyai sebarang bantahan lagi. Walau bagaimanapun, semua ini apa kena mengena dengan Leylin?
Bukan sekadar itu, selepas mempengaruhi keputusan Siegfried, Leylin akan terhutang budi kepadanya! Permintaan sering menjadi perkara yang paling sukar untuk dilangsaikan!
Lebih-lebih lagi, mencampuri urusan keluarga Magus lain secara langsung sesuatu yang dianggap sebagai tidak sopan.
Sama ada Siegfried memilih untuk menyembunyi emosinya atau tidak, dia pasti akan berasa tidak senang mengenainya.