Suara lelaki muda itu penuh keazaman; penumbuknya digenggam ketat dan mukanya merah. Cahaya malap bersinar dari badannya.
"Sungguh degil. Adakah kau pasti kau tidak akan mungkir janji? Sebaik kau pergi ke ibu kota timur, aku mungkin tidak akan mengajar kau lagi!"
Leylin kelihatan seolah-olah sedang mempermainkannya.
"Seorang Satria Anggun bukannya hebat sangat. Mungkin dah ada ramai Satria Anggun di dalam keluarga Jenny. Itu belum lagi mengambil kira tentang keadaan bahaya yang sedang menunggu di sepanjang perjalanan yang mungkin akan meragut nyawa kau. Apa perancangan kau selepas menghantar dia balik? Menjadi kapten pengawal di Keluarga Argus? Atau lebih teruk lagi, menjadi seorang askar upahan?"
"Adakah kau fikir tentang semua ini?"
Leylin bertanya.
Baelin menjadi pucat tetapi suaranya tegas, "Saya tahu semua itu! Tetapi… tetapi kalau saya tidak menghantar Jenny pulang dengan selamat, hati saya tidak akan senang. Saya pasti tentang ini…"