Gelombang haba menyelubungi bumi. Dalam sekelip mata, beberapa bulan telah berlalu, dan kini sudah tiba musim luruh.
Di dalam vila kecil itu, Leylin memusar-musar gelas wain yang berisi jus anggur yang enak serta menyegarkan.
Dia memakai pakaian santai yang digemari oleh para bangsawan dan kelihatan agak bersahaja.
"Cip A. I.! Keluarkan statistik semasa saya!"
[Beep! Leylin Farlier, pembantu paderi tahap 2, Satria. Kekuatan: 3.1, Ketangkasan: 3.3, Daya Tahan: 3.2, Kuasa rohani: 7.1, Kuasa ajaib: 7 - (kuasa ajaib bersegerak dengan kuasa rohani.) Status: Sihat]
"Saya akhirnya mencapai 7 kesesakan kekuatan rohani!" Leylin mengeluh ketika melihat data itu.
Selepas kembali daripada eksplorasi berseorangan beberapa bulan yang lalu, Leylin sibuk membancuh posyen untuk melalui kesesakan kekuatan rohani.
Viscount Jackson telah segera menghantar Daun Hove Violet berjumlah satu gudang. Pada masa yang sama, Fraser dan yang lain meneruskan pembelian bahan-bahan yang boleh dijumpai di mana-mana tempat mengikut arahan Leylin.
Malangnya, kadar kejayaan pembuatan Posyen Azure agak rendah sementara kadar penggunaan Daun-daun Hove Violet sangat tinggi. Tambahan pula, Leylin hanya boleh minum posyen itu pada masa yang optimum seperti yang dicadangkan oleh Cip A. I. untuk mendapatkan kesan ubat yang maksimum. Hanya sekarang ini dia telah mencapai kekuatan rohani peringkat 7.
"Tuan Muda! Fraser sudah pulang!"
Dari sebalik pintu, Anna memakai kain sutera hitam yang menonjolkan bentuk badannya bawah kain kasa yang halus, terutamanya bahagian pahanya yang seputih salji. Dia memakai stokin hitam yang menggoda.
Sekarang dia bertugas sebagai pembantu utama Leylin. Pada masa yang sama juga dia mempunyai kawalan kewangan, yang boleh dianggap sebagai mempunyai kuasa yang tinggi. Tetapi di hadapan Leylin, dia lembut dan taat seperti seekor kucing kecil.
"Mari kita pergi! Saya akan berjumpa dengan dia!"
Leylin bangun dan melangkah keluar dari biliknya, kasut kulitnya mengeluarkan bunyi yang kuat di atas lantai dengan setiap langkah.
"Tuan Muda!" Ketika ternampak kedatangan Leylin, dua orang gaji datang tergesa-gesa.
"Eh?" Leylin tiba-tiba berjalan ke depan seorang orang gaji. Dia mempunyai paha seputih salji dan buah dada yang cantik, tetapi kini dia menundukkan kepalanya dan tidak berani bergerak.
"Kamu baru di sini?" Leylin mengusap dagu licin gadis itu. Mukanya sedikit tembam dan ini membuatkan dia kelihatan sangat comel.
"Ya… Ya, Saya Trixy, anak perempuan Luke yang berkerja di ladang tuan!" Orang gaji itu menjawab dengan lembut, tidak berani menolak usikan Leylin.
"Kamu perlu berkerja keras!" Leylin melambaikan tangannya sambil berlalu pergi.
"Orang gaji tadi mesti berasa gelisah sekarang, bukan?" Leylin menggosok jari-jarinya bersama dengan perlahan sambil mendedahkan senyuman nakal.
Sejak dia tiba ke dunia ini, oleh kerana dia mengambil alih badan seorang remaja, dia sedar sikapnya semakin sesuai dengan usia tuan punya badan ini. Dalam kecemasan atau krisis, hal ini tidak begitu jelas. Tetapi sekarang dia berada di tempat yang selamat, dia tidak dapat mengawal diri daripada bersikap main-main.
Dia menghilangkan ekspresi di wajahnya ketika berjalan masuk ke gudang. Dia sekali lagi menjadi tuan sihir yang hebat dan tegas.
"Tuan Muda!" Fraser melaung sambil melutut. "Saya selaku pengikut Tuan Muda, telah mengumpulkan 20 paun lagi Daun-daun Hove Violet dari Bandar Austere Winter. Kesemuanya telah disimpan di dalam gudang!"
"Bagus!" Leylin menuju ke gudang dan melihat jumlah serta kualiti Daun-Daun Hove Violet itu.
Di antara seluruh timbunan itu, hanya dengan batang yang lebih kecil dari tangkai oat yang boleh digunakan dalam pembancuhan posyen. Jumlah kekuatan rohani yang Posyen Azure berikan masih cukup untuk membenarkan penggunaan Leylin yang tanpa henti, walaupun rintangannya terhadap posyen itu semakin meningkat.
Daun-daun ungu itu memenuhi separuh daripada gudang itu. Terdapat bau yang aneh meresap ke udara, seperti bau sulfur yang kuat.
Leylin mengutip sehelai daun ungu, "Cip A. I., kesan sifat-sifatnya!"
[Beep! Mengumpul data!]
Selepas seketika, pelbagai sifat Daun Hove Violet ditayangkan ke dalam penglihatan Leylin. Komposisi kimia, sifat-sifat perubatan, termasuklah pelbagai sisa-sisa daripada benda lain pada permukaan daun itu, ditayangkan oleh Cip A. I.
"Berdasarkan pemeriksaan ini, kumpulan Dan Hove Violet ini cukup baik!" Leylin menganggukkan kepalanya.
"Tuan Muda!" Kemudian bibir Fraser bergerak tetapi dia tidak bersuara.
"Suarakan apa yang kamu ingin katakan!" Leylin mengerutkan keningnya.
"Semua Daun Hove Violet dalam Bandar Extreme Night telahpun kita beli. Hanya tinggal daun-daun yang berkualiti rendah. Sebenarnya, Greem dan saya ternampak beberapa daun palsu yang diberikan oleh peniaga yang cuba menipu kita."
"Daun Hove Violet sememangnya produk istimewa yang hanya boleh ditemui di Daerah Eastwood. Daun ini memerlukan masa sekurang-kurangnya setahun untuk tumbuh!"
Leylin menggosok dagunya, dan membuat anggaran jumlah Daun Hove Violet di dalam gudang ini.
"Hentikan pembelian sehingga tahun depan apabila Daun Hove Violet berada di pasaran. Kita kemudian boleh mula membelinya lagi!"
Daripada kumpulan Daun Hove Violet baru-baru ini, Leylin mendapati kualitinya semakin menurun. Ada beberapa yang langsung tidak boleh digunakan dalam pembancuhan posyen.
Nampaknya Leylin sudah membeli sejumlah besar Daun Hove Violet yang dihasilkan di kawasan ini.
Bahan-bahan di dalam gudang itu sepatutnya cukup untuk menghasilkan posyen yang mencukupi untuk menjadi pembantu paderi tahap 3. Bagi Magus rasmi pula, ini bukan sesuatu yang boleh difikirkan sekarang.
Leylin berfikir dengan mendalam. Pada ketika ini, kekuatan rohaninya telah mencapai peringkat 7. Dia sudah lama membancuh Eliksir Reaktif. Mencapai kemajuan menjadi pembantu paderi tahap 3 tidak lagi menjadi masalah kepadanya.
Namun begitu, Leylin masih tidak tahu bagaimana untuk menjadi Magus rasmi daripada kedudukan sebagai seorang pembantu paderi tahap 3. Biarpun Leylin dibenarkan masuk ke dalam perpustakaan akademi, dia tidak menjumpa apa-apa petunjuk mengenai proses ini.
Seolah-olah akademi itu telah mengharamkan semua maklumat berkaitan dengan topik ini.
"Sama ada di akademi atau pasaran, saya sentiasa memberi perhatian khas terhadap maklumat berkaitan dengan Magus rasmi. Sampai sekarang, saya masih belum menemui sebarang petunjuk."
Ini salah satu sebab Leylin teragak-agak untuk meninggalkan Akademi Abyssal Bone Forest.
Kuasa tinggi di dalam Dunia Magus menjaga kesemua maklumat mengenai kemajuan seorang Magus rasmi dengan ketat. Lebih-lebih lagi untuk Leylin, yang menjadi seorang pembantu paderi dari tanah jauh. Dia perlu memenuhi syarat-syarat tertentu dan menjalankan tugasan sebelum dia dibenarkan melihat cara-cara kemajuan untuk mengkajinya.
"Ini di luar kawalan saya. Mungkin makmal eksperimen Magus itu mempunyai sesuatu yang boleh memberi manfaat pada saya?"
Leylin berfikir tentang makmal eksperimen Magus yang tersembunyi berdekatan kawasan hutan itu.
Ini berita yang baik.
Dia hanya perlu melenyapkan formasi sihir yang diletakkan pada makmal eksperimen itu. Kemudian, semuanya akan menajdi kepunyaannya, termasuk barang ahli sihir malang yang terbaring di luar pintu masuk.
"Tahap 3! Saya hanya perlu menjadi pembantu paderi tahap 3, dan memperoleh satu lagi set sihir pangkat 0 supaya saya boleh bertolak!"
Leylin membuat keputusannya.
...
Di dalam makmal rahsia kecil dengan susun atur yang sederhana, tidak ada banyak perabot, hanya sebuah katil kayu di tengah-tengah.
Leylin berduduk di atas katil itu dengan kakinya bersilang. Di depannya terdapat sebotol posyen kuning-jingga.
Dia bersedia dan berazam untuk menjadi pembantu paderi tahap 3.
Dia tidak menyebut apa-apa berkenaan perkara ini kepada sesiapa pun. Seperti sebelum ini, dia memaklumkan Anna yang dia akan menjalankan eksperimen. Tidak kira apa yang berlaku, dia tidak mahu diganggu oleh mereka.
Bukannya kerana dia tidak mempercayai pengikutnya tetapi mereka tidak mempunyai kekuatan ataupun kebolehan untuk membantu kalau sesuatu yang tidak diingini berlaku. Mereka tidak begitu berguna, jadi lebih baik dia merahsiakan yang dia sedang cuba mencapai kemajuan.
Lagipun, dari semasa ke semasa, dia 'hilang' dari vila. Kakitangan vilanya sudah biasa dengan situasi sebegini.
Sebaik sahaja dia dapat mencapai apa yang dia ingin lakukan, segalanya telah selesai apabila dia muncul semula di kalangan kakitangannya.
Walaupun mungkin tidak ada pengintip, terutamanya yang dihantar oleh musuhnya, dia berhati-hati dengan segala kemungkinan.
Pembantu paderi tahap 3, langkah terakhir sebelum menjadi Magus rasmi. Bagi pembantu-pembantu paderi gred pertama dan kedua, tahap 3 sentiasa dianggap sebagai had perkembangan.
Seorang pembantu paderi tahap 1 hanya boleh menggunakan partikel tenaga, tetapi tidak boleh menggunakan sihir. Kekuatan pertempuran mereka hampir sama dengan seorang Satria. Seorang pembantu paderi tahap 2 pula, mereka dapat menggunakan sihir-sihir pangkat 0. Biarpun ini sihir biasa, keupayaan pertempuran mereka boleh ditingkatkan menjadi lebih daripada Satria.
Sebaliknya, pembantu paderi tahap 3 mempunyai kekuatan rohani yang lebih tinggi daripada manusia biasa. Mereka mempunyai pemahaman teori sihir dengan mendalam dan boleh menggunakannya dalam pertempuran. Mereka pakar dalam teknik seperti penggunaan serta-merta, yang membolehkan sihir-sihir dikeluarkan dengan sangat pantas. Satria Agung tidak menjadi sebarang masalah pada mereka.
Lebih-lebih lagi, pembantu-pembantu paderi tahap 3 dianggap sebagai langkah persediaan untuk menjadi Magus rasmi. Semakin cepat seseorang menjadi pembantu paderi tahap 3, semakin tinggi peluang mereka menjadi Magus rasmi.
Di kalangan akademi dan golongan Magus, jumlah Magi rasmi teramat kecil. Pembantu-pembantu paderi tahap 3 dianggap sebagai tulang belakang kekuatan pertempuran bagi mana-mana akademi atau kumpulan.
Pembantu paderi tahap 3 yang muda dianggap sebagai asset yang bernilai kepada akademi. Institusi ini cenderung untuk membekalkan sumber-sumber untuk perkembangan mereka, dengan harapan pemuda-pemuda ini akan melangkaui pembantu paderi tahap 3 di masa depan.
"Menjadi seorang pembantu paderi 3 memerlukan kepakaran dalam dua model sihir, kekuatan rohani 7, dan bantuan Eliksir Reaktif!"
Leylin mengangkat posyen kuning-jingga di depannya.
"Saya telah lama mendapat kedua-dua eliksir dan kepakaran sihir ini. Sekarang, dengan bantuan Posyen Azure, saya juga telah memenuhi syarat kekuatan rohani. Semuanya dalam tempoh beberapa bulan. Kelajuan ini sudah lama melepasi kebolehan Jayden, pembantu paderi gred lima!"
Biarpun mereka ialah pembantu paderi bijaksana gred lima, jurang perbezaan yang besar di antara pembantu paderi tahap 2 dan tahap 3 memerlukan masa minimum selama tiga tahun untuk mencapai tahap berikutnya.
Tetapi, selepas memperolehi posyen itu, kelajuan Leylin telah lama melampaui Jaden dan yang lain. Dalam masa yang singkat, dia telah mencapai syarat-syarat menjadi seorang pembantu paderi tahap 3.
"Selagi kekuatan rohani saya meningkat, walaupun saya gagal mencapai kemajuan, saya boleh mencuba lagi. Badan saya akan mengalami kecederaan yang besar, jadi paling bagus jika saya berjaya pada percubaan pertama!"
Untuk kali yang terakhir, Leylin meneliti semula semua maklumat kemajuan seorang pembantu paderi tahap 3 dalam mindanya. Selepas mengesahkan yang dia tidak tertinggal apa-apa, dia membuka posyen kuning-jingga itu.
"Eliksir Reaktif ini bukan untuk diminum!"
Leylin menanggalkan pakaiannya dan menuang Eliksir Reaktif itu ke seluruh badannya.
Badannya berasa sejuk apabila posyen itu menyentuh tubuhnya. Tetapi, selepas beberapa saat, gelombang haba meresap dalam kulitnya secara beransur-ansur. Dalam sekelip mata, kulitnya mula bergetar dan berubah menjadi merah.
[Eliksir Reaktif sedang berkesan, sifat-sifat ubatan di bawah pengawasan!] Suara Cip A. I. berbunyi.
Ketika kesan posyen itu berterusan, Leylin dapat merasakan seolah-olah posyen yang ada pada kulitnya itu menjadi bernyawa dan mengalir melalui liang-liang roma dan masuk ke dalam badannya.