Chereads / Penyihir Dunia Magus / Chapter 72 - Menjadi Pembantu Paderi Tahap 3

Chapter 72 - Menjadi Pembantu Paderi Tahap 3

Gatal!

Gatal yang tidak tertahan!

Leylin merasakan tulangnya terbelah dan ada banyak semut yang merangkak keluar. Rasa gatal-gatal tersebar ke seluruh badannya pada saat ini.

"Jahanam! Dan saya perlu bermeditasi secara mendalam dengan keadaan sebegini dan mengubahsuai rune minda."

Muka Leylin bertukar menjadi kemerah-merahan. Dia mengetap giginya. Sambil menutup mata, dia menahan keinginan untuk menggaru-garu badannya.

Oleh sebab adanya kesan buruk dan kuat pada badannya, Leylin menghabiskan lebih banyak masa untuk memasuki keadaan bermeditasi.

Di dalam keadaan meditasinya, Leylin tiba di sebuah tempat.

Persekitarannya kelihatan samar-samar kelabu dan terdapat cahaya seperti bintang yang menerangi tempat ini.

Leylin mengangkat kepalanya. 24 rune misteri yang berkilau dengan cahaya pendarfluor terapung di udara dan membentuk sebuah bulatan.

Ini rune minda yang dia telah bina setelah berusaha keras selama beberapa tahun yang lalu.

Walaupun rune minda ini dibina melalui pelbagai cara istimewa, setiap satu pembinaan memerlukan usaha dan masa yang banyak. Sebelum ini, Leylin telah meluangkan masa lebih dari setahun sebelum akhirnya berjaya membentuk rune minda.

"Rune minda pembantu paderi tahap 2 tidak lengkap. Seorang pembantu paderi tahap 3 perlu menggabungkan semua rune minda berdasarkan asas yang ditetapkan sewaktu menjadi pembantu paderi tahap 2. Selain itu, pengukuhan tahap kesedaran juga perlu ada!"

Leylin juga berasa ingin tahu terhadap keadaan itu.

Sekarang dia berada dalam keadaan 'sedar' sepenuhnya. Laut kesedaran tidak muncul di bahagian badan yang lain. Cip A. I. telah menggunakan imbasan mikroscopik tahap atom pada tubuhnya tetapi tidak menjumpai apa-apa.

"Perkembangan kekuatan rohani seorang Magi mungkin berkaitan dengan aspek jiwa!"

Leylin mengeluh panjang. Dan pada ketika itu, ada fenomena yang berlaku di laut kesedarannya.

Lapisan cahaya kuning jingga menembusi kabus kelabu itu tanpa henti. Tidak lama kemudian, seluruh laut kesedaran Leylin bertukar menjadi warna kuning jingga yang terang.

"Inilah kesan Eliksir Reaktif! Ini hanya posyen yang boleh dituangkan atas badan, dan saya juga mengetahui kandungan bahan-bahannya. Namun posyen ini dapat mempengaruhi laut kesedaran saya. Hal ini benar-benar misteri…"

Sebelum nafas Leylin tertahan sekali lagi akibat terkejut, cahaya kuning jingga itu memancar ke atas langit dengan cepat, seolah-olah turut ingin mewarnai 24 rune minda itu menjadi warna kuning jingga.

* Bang! *

Rune minda itu mengeluarkan kilauan dan menolak pencemaran daripada objek asing. Akibatnya, Leylin dapat merasakan satu daya tekanan. Penglihatan Leylin menjadi gelap dan dia hampir pengsan.

"Pendamkannya!" Leylin cepat-cepat meminjam kekuatan rohaninya untuk menahan rintangan rune minda itu.

* Pop! *

Penguasaan Leylin ke atas rune minda yang dia bina tidaklah lemah. Beberapa saat kemudian, 24 rune minda itu berhenti menentang dan diwarnakan dengan warna kuning jingga.

Di bawah pendedahan cahaya, banyak corak misteri muncul pada permukaan rune minda itu.

Corak-corak tersebut berkembang hingga menyelubungi seluruh permukaan rune minda itu.

Bang! 24 rune minda itu akhirnya bergabung dan membentuk sebuah rune yang lebih hebat.

Dalam laut kesedaran Leylin, muncul juga banyak corak. Selepas kehadiran corak-corak ini, laut kesedarannya menjadi lebih megah dan telus, seolah-olah telah diperkuatkan.

Cahaya kuning jingga itu segera berundur dan terus lenyap dari laut kesedaran, seolah-olah mengikut suatu arahan.

Rune besar yang penuh misteri itu mengeluarkan satu kilauan dan kesedaran Leylin ditolak.

"Tempat apa ni?"

Leylin berasa keliru. Tiba-tiba dia sedar yang dia berada di sebuah tempat misteri. Kawasan itu gelap tanpa sebarang sumber cahaya.

Dia ingin menghulurkan tangannya tetapi konsep 'tangan' itu tidak wujud, seolah-olah dia tidak pernah mempunyai tangan sebelum ini.

Dalam keadaan sebegini, dia terapung di udara tanpa menyedari tentang masa, namun dia tidak boleh bergerak.

Bagi Leylin, di dalam ruang ini, setiap minit dirasakan seperti beberapa tahun.

Perasaan ini boleh membuat seseorang yang waras menjadi gila.

Leylin berasa kecewa, "Bukankah saya sudah mencapai pembantu paderi tahap 3? Mengapa pula saya berada di ruang ini? Berapa lama masa sudah berlalu?"

Tiba-tiba jantung Leylin berdebar-debar. "Cip A. I.!"

[Beep!] Satu skrin biru yang terang diproyeksikan di depan Leylin dan walaupun ia tidak dapat menerangkan kegelapan itu, ia masih membuat dia berasa lebih lega.

[Imbasan yang dikutipkan nyatakan kuasa rohani tuan badan dalam keadaan yang tidak normal. Di bawah keadaan ini, tuan badan akan gagal bermaju menjadi seorang pembantu paderi tahap 3 dalam 5 minit 23 saat! 13 jam 45 minit kemudian, kematian akan terjadi disebabkan kegagalan organ-organ! Adakah anda ingin mengguna kuasa ajaib untuk menghalau status berikut? Ya/Tidak?]

"Ya!" Pada ketika itu Leylin langsung tidak dapat mengesan kuasa sihir di dalam badannya, tetapi Cip A. I. masih boleh mengedarkannya. Ini membuatkan dia gembira.

[Pengesahan tuan badan diperolehi dan kuasa ajaib sedang dipindahkan sekarang. Dalam prose menghalau status tidak normal…] Bersama dengan suara Cip A. I., tiba-tiba terdapat pergerakan yang aneh dalam ruangan yang gelap itu.

Mata Leylin terbuka. Dia sedar yang dia masih lagi berada dalam makmal rahsia dan tidak banyak masa yang telah berlalu sejak dia memulakan proses ini.

"Kemajuan menjadi pembantu paderi tahap 3 sebenarnya mempunyai kejadian-kejadian yang begitu ganjil!"

Ekspresi Leylin serius. Tahap kemajuannya terlalu cepat. Kebanyakan pengetahuannya diperoleh daripada perpustakaan serta simulasi dan ramalan Cip A. I.

Dia tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian sebegitu untuk bermaju menjadi pembantu paderi tahap 3.

"Biasanya sewaktu kebanyakan pembantu paderi tahap 2 yang sedang mencapai kemajuan, mereka mempunyai guru untuk memberi penjelasan, tetapi saya tidak bernasib baik! Malah Guru Kroft tidak menjangkakan yang saya akan berhadapan dengan kemajuan dengan begini cepat!"

Leylin banyak berahsia dan tidak pernah bercakap benar. Di mata Kroft, Leylin hanya seorang pembantu paderi yang baru maju ke tahap 2, jadi mengapa dia harus memberi maklumat kepada Leylin tentang perkara yang perlu dia beri perhatian berkenaan kemajuan ke peringkat pembantu paderi tahap 3?

Lebih-lebih lagi, buku-buku di dalam perpustakaan senang diperolehi. Banyak perkara di dalamnya mempunyai penjelasan yang tidak jelas. Walaupun Leylin mempunyai Cip A. I. dan eksperimennya untuk memadamkan maklumat palsu, dia masih tidak akan dapat mencapai hasil yang sempurna.

Ini menyebabkan Leylin menempuh kejadian tadi semasa cuba mencapai kemajuannya dan dia sangat keliru.

"Nasib baik saya mempunyai Cip A. I. kali ini, kalau tidak, habislah saya! Perjalanan menjadi seorang Magus sememangnya berbahaya!"

Perasaan takut terpendam di dalam hati Leylin.

Tetapi ini juga mengesahkan kesimpulannya. Cip A. I. ini telah bersamanya sejak dia tercampak ke sini dan atas sebab yang tidak diketahui, cip itu telah bergabung dengan rohnya.

Oleh itu, apabila rohnya menemui keadaan yang ganjil dan terasing tanpa bantuan, dia masih boleh mengaktifkan Cip A. I. untuk menyingkirkan pengaruh di dalam secara luaran.

"Jadi, kemajuan kepada seorang pembantu paderi tahap 3 bukan persoalan pergabungan rune minda atau penguatan laut kesedaran, tetapi ruang gelap yang muncul selepas itu!"

Leylin tiba-tiba memahami dengan lebih mendalam. Semua ini biasanya maklumat rahsia berharga yang tidak diberitahu oleh guru-guru atau pihak akademi. Ramai pembantu paderi yang tidak mempunyai sokongan telah mati pada peringkat ini.

[Beep! Kuasa rohani tuan badan telah berubah dan lebih bersemangat. Tuan badan telah berjaya bermaju menjadi seorang pembantu paderi tahap 3! Kuasa rohani sedang meningkat…] Suara Cip A. I. berbunyi.

Kemudian Leylin berasa pening, dan kekuatan rohaninya meningkat dengan cepat.

7.2

7.3

7.5

...

9.7

10.1

Kekuatan rohaninya meningkat dengan lebih cepat. Nombor akhir kekuatan rohani berhenti pada 10.1 dan kemudian menjadi stabil dengan sendirinya.

"Sakitnya kepala saya!"

Dengan peningkatan kekuatan rohani secara tiba-tiba, badan Leylin sekarang tidak dapat membuat penyesuaian. Hidungnya berair dan apabila disentuh, dia mendapati hidungnya sedang berdarah!

"Peningkatan kekuatan rohani ini terlalu cepat, dan badan saya tidak dapat menerima perubahan ini!"

Leylin tersenyum sinis tetapi tidak lama kemudian ekspresi wajahnya bertukar dan bunyi retakan terdengar dari dalam badannya. Pada masa yang sama, kesakitan yang hebat tersebar ke seluruh badannya tanpa henti.

Otot wajah Leylin berkernyut dan dia terbaring di atas katilnya seperti udang kering.

"Jahanam! Jahanam! Kesan Eliksir Reaktif sudah habis dan tindak balas posyen itu telahpun bermula!"

Leylin melaung, "Cip A. I.! Mulakan penyelarasan dengan kuasa sihir dan singkirkan sisa-sisa eliksir itu!"

Lingkaran cahaya berwarna kelabu kehitaman muncul kemudian terapung dan menyelubungi seluruh badannya. Bersama lingkaran cahaya itu, banyak nanah berwarna kuning hitam dikeluarkan dari liang roma Leylin bersama-sama bau yang sangat busuk.

Beberapa minit kemudian, Leylin bangun dengan bersusah-payah. Dia mengeluarkan posyen berwarna merah dari beg di sebelahnya dan meneguk posyen itu sehingga habis sebelum ekspresi wajahnya menjadi lebih baik.

Ketika ini, badannya dibasahi peluh dan nanah serta berbau masam. Dia seolah-olah baru sahaja dikutip dari pembetung.

Leylin cuba bangun. Mukanya pucat dan lututnya lemah. Matanya tenggelam seperti dia telah sakit tenat selama beberapa bulan.

Selepas membuka pintu makmal rahsia itu, Leylin membunyikan loceng yang terletak di tepi pintu.

*Ding Ling Ling! *

Bunyi yang tajam berdering.

Beberapa minit kemudian, Anna bergegas masuk dan membawa bersamanya dua orang gaji."Tuan Muda! Kamu…" Leylin menutup mulutnya dengan tangannya sendiri.

"Tak ada apa-apa! Bawa saya ke dalam bilik mandi! Saya ingin mandi!"

"Tuan Muda mahu saya panggilkan pakar herba atau doktor ke sini?"

"Tidak perlu!"

...

Setengah jam kemudian, Leylin terapung dalam kolam yang terbina dari marmar. Air hangat mengalir ke seluruh badannya dan menyingkirkan kekotoran.

Anna bertelanjang di depan Leylin. Dia mengguna tuala putih untuk menggosok-gosok tubuh Leylin.

"Tu… Tuan! Sup darah rusa dan stik daging Tuan!"

Di sebelahnya, Trixy juga bertelanjang, dan potongan badannya terdedah di depan mata Leylin. Dia berasa malu sambil membawa masuk dulang hidangan.

Dulang kayu itu terapung di dalam kolam. Leylin mengambil sudu dan garpu kemudian makan dengan gelojoh.

Beberapa masa kemudian, Leylin berpakaian jubah mandi yang longgar dan duduk di kerusi berhampiran. Dia bersandar pada dada Anna dan menikmati kecantikan buah dadanya.

Di sisinya, Trixy dan seorang lagi gadis yang cantik sedang mengurut Leylin.

Mereka hanya memakai secebis kain yang lebih kecil daripada saiz tapak tangan. Bahagian sulit mereka tidak ditutup dan kadang-kadang dapat dilihat. Ini membuatkan mereka kelihatan malu-malu tetapi menawan.

Trixy dan orang gaji hanya anak perempuan petani dan mereka berkerja keras di ladang sejak kecil lagi. Tangan mereka kasar tetapi mereka sangat muda dan bentuk badan mereka cantik. Badan mereka melambangkan semangat keremajaan. Berbanding dengan Anna, keadaan mereka kelihatan lebih liar.

Tetapi, Leylin sekarang tidak berminat langsung mahu berasmara dengan mereka. Sebaliknya, dia berasa agak terkejut akan kemajuannya hari ini.