Kafe internet ini tetap kekal terdiam. Ia adalah satu efek berkekalan, bermula dari hari pertama lagi sewaktu Happy diserang dari setiap sudut oleh orang ramai sehinggalah pada detik Easy Bro dicampakkan ke udara akibat Sky Strike dari Soft Mist.
Skrin projektor menunjukkan perkataan "Glory!". Ia kelihatan sungguh dibencikan di mata semua orang. Easy Bro berasa malu.
Namun, dia enggan menerima keputusan ini. Dia berasakan dia berkemampuan, tetapi dia tidak dapat menunjukkan kemampuan itu sepenuhnya. Dia menyangka ia adalah disebabkan tangannya masih belum dipanaskan lagi atau mungkin kerana dia telah memandang rendah akan musuhnya.
"Oh? Boleh tahan. Nampaknya saya kena serius sedikit," kata Easy Bro dan menyediakan dirinya.
Tidak ada sorakan sokongan dari penonton.