Pemburuan Goblin Merchant bermula dengan meriah, tetapi berakhir dengan penuh damai sekali.
Sebaik sahaja Persatuan Blue Brook dan Herb Garden menyerah kalah, kebanyakan persatuan-persatuan lain turut membuat keputusan untuk tidak membazirkan masa. Cuma pemain-pemain baru dan kumpulan yang dibentuk secara rawak sahaja yang masih terus berjuang. Akhirnya mereka sekadar membantu Tyrannical Ambition untuk melakukan 'damage' sahaja. Apabila diumumkan yang Tyrannical Ambition berjaya mendapat pembunuhan pertama, para pemain Blue Brook dan Herb Garden sudah tidak berasa apa-apa lagi.
Nama Lord Grim tidak turut tersenarai sebagai anggota Tyrannical Ambition pada papan pendahulu kerana dia baru sahaja keluar dari Persatuan Blue Brook dan tempoh masa lima hari belum berlalu lagi.
Blue River tidak gembira apabila mengetahui tentang perkara ini kerana dia tahu tanpa bantuan Lord Grim, Tyrannical Ambition tidak akan berjaya membunuh Goblin Merchant dengan mudah. Lord Grim orangnya yang menghasilkan strategi untuk mengawal pergerakan Goblin Merchant dengan lancar sekali, para pemain Tyrannical Ambition tidak mampu berbuat demikian jika Lord Grim tidak ada. Jika pemain Blue Brook sendiri tidak mampu, Tyrannical Ambiton takkan mampu juga. Mereka telah bergantung sepenuhnya pada kepimpinan Lord Grim.
Blue River tahu yang kebolehan Lord Grim jauh mengatasi mereka semua. Lord Grim seorang pemain handalan yang berbeza sama sekali dengan semua orang. Dengan kebolehan sebegitu, mengapakah dia tidak dikenali ramai? Jaguh handalan mana yang menyamar dan mencipta akaun tahap rendah ini? Blue River tahu Lord Grim bukanlah pemain baru, dia telah menunjukkan yang dia mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang permainan Glory, mustahil dia merupakan pemain baru.
"Abang," Blue River membuka senarai rakannya dengan tenang dan menghantar mesej pada Lord Grim. "Berapa lama lagi untuk abang sampai ke tahap 23?"
"Semua orang sibuk pasal hal ini!" jawab Ye Xiu.
Blue River tidak terkejut. Semua orang sibuk tentang perkara itu kerana Lord Grim akhirnya boleh memasuki 'dungeon' Laman Tulang apabila dia sampai ke tahap 23. Semua orang menantikan bantuannya demi mencipta rekod baru! Hari ini, Tyrannical Ambition berjaya menewaskan Goblin Merchant dan dapat merasa kehebatan Lord Grim. Mereka pasti sudah tahu betapa berharganya bantuan dia.
"Saya pun tak tahulah! Kamu teruskan bermain sahaja, nanti kita tengok macam mana!" jawab Ye Xiu.
"Saya nak abang jemput persatuan kami untuk pecahkan rekod Laman Tulang!" kata Blue River.
"Kita bincang di kemudian hari!" jawab Ye Xiu ringkas.
Blue River sudah terdesak. Dia sudah menjangka persatuan-persatuan yang lain akan berebut-rebut untuk mendapatkan khidmat Lord Grim demi memecahkan dan mengekalkan rekod mereka di server kesepuluh. Tetapi, dia khuatir Lord Grim akan menjadi seorang askar upahan, dan dia tidak mampu untuk menghalangnya daripada berbuat demikian.
Blue River tidak berhenti berfikir. Akhirnya, dia log keluar dari permainan dan memasukkan kad akaun tahap tinggi miliknya. Dia log masuk sebagai Blue Bridge Spring Snow yang bertahap tinggi.
Pada ketika ini, kesemua pemain di Heavenly Domain sedang sibuk menyelesaikan 'dungeon'. Tetapi sebaik sahaja Blue Bridge Spring Snow muncul, dia telah menarik perhatian ramai pemain dari persatuannya. Dia salah seorang daripada Lima Jaguh Terulung, tetapi bukankah dia sepatutnya berada di server kesepuluh? Kenapa dia tiba-tiba muncul di sini?
Orang pertama yang menghantar mesej kepada Blue River ketua persatuan Blue Brook: Changing Spring.
Mesejnya mudah. "? ? ? ?" hanya empat tanda soal.
"Sibuk ke?" tanya Blue River.
"Dungeon".
"Mari kita berbual sebentar bila kamu sudah selesai," kata Blue River.
"Penting ke?"
"Taklah penting sangat, tetapi saya nak bertanyakan sesuatu"
"Tunggu."
Mesej daripada Changing Spring sentiasa ringkas. Bukan kerana dia tidak suka bercakap, tetapi kerana dia malas untuk menaip! Kelajuan tangannya sangat tinggi, tetapi dia sangat obses tentangnya. Baginya, masa yang diluangkan untuk menaip lebih elok digunakan untuk menggerakkan wataknya.
Pada waktu dahulu, seseorang telah naik marah dan memaki hamun Changing Spring di laman sembang dunia (Laman sembang yang boleh dilihat oleh pemain Glory di seluruh dunia). Tetapi Changing Spring tidak menjawab sepatah kata pun. Tindakannya itu tidak bersesuaian dengan pangkatnya sebagai ketua persatuan. Kesemua ahli persatuannya terasa seperti dihina apabila dimaki hamun di dalam laman sembang dunia. Mereka menantikan dia untuk menjawab, tetapi Changing Spring memberitahu yang dia sudah pun memberikan jawapannya. Kesemua ahli persatuannya kebingungan. Setelah meneliti laman sembang tersebut, barulah mereka menjumpai jawapannya yang teramat pendek.
Di dalam timbunan mesej dalam laman sembang dunia, Changing Spring memberikan dua patah perkataan sahaja sebagai jawapan: PM (Pergilah Mampus).
Sejak dari itu, "PM" menjadi jawapan rasmi untuk setiap ahli kumpulan apabila dimaki oleh musuh-musuh mereka. Mereka terus menggunakan jawapan itu sehingga ke hari ini.
Blue River sudah masak dengan perangai Changing Spring, jadi dia tidak berkata apa-apa lagi dan terus menunggu.
Selepas 10 minit, Changing Spring menghantar mesej lagi. "Mana".
"Bandar Mount Brook", jawab Blue River.
Bandar Mount Brook salah satu daripada bandaraya di Heavenly Domain. Persatuan Blue Brook sengaja memilih tempat itu sebagai markas mereka kerana kebetulan terdapat perkataan "Brook" pada namanya.
Seketika kemudian, Changing Spring tiba. Mereka berdua bertemu.
"Ada apa-apa yang berlaku?" tanya Changing Spring.
"Seorang jaguh handalan muncul di server kesepuluh," kata Blue River.
"Hebat ke?" Changing Spring kagum. Blue River sengaja bergegas ke mari untuk memberitahunya tentang jaguh handalan ini?
"Saya tak dapat gambarkan betapa hebatnya dia," kata Blue River.
"Kelas apa?"
"Dia belum memilih kelas lagi,"
"Belum pilih?"
"Ya, dia mempelajari kemahiran dari banyak kelas berbeza, seolah-olah bermain watak Unspecialized,".
Changing Spring ketawa. "Kalau dia bermain kelas Unspecialized, sudah tentu kekuatan dia pada tahap awal sangat kuat. Dia mempunyai kelebihan kerana mempunyai banyak kemahiran untuk digunakan. Tapi lama-kelamaan, tanpa 'damage daripada kemahiran tahap pertengahan atau tahap tinggi, dia takkan mampu untuk terus bersaing. Dia juga memerlukan banyak senjata. Berat senjata yang banyak itu akan mempengaruhi kelajuan pergerakannya. Tambahan pula, bila dia sudah sampai tahap 50, dia tak boleh terus bermain lagi. Siapa yang gila nak main Unspecialized sekarang ini?"
"Itulah yang saya fikirkan bila pertama kali bertemu dengannya. Tapi, kekuatannya bukan sekadar dari segi kemahiran yang banyak sahaja. Saya terpaksa mengaku yang kebolehan dia mencipta strategi, kebolehan memimpin dan kebolehan mengatur pemain sangat dahsyat!" kata Blue River.
"Jika dia bermain Unspecialized pada zaman sekarang ini, pastinya dia ada pengetahuan yang mendalam tentang permainan ini. Tapi…." Changing Spring sedar yang kata-katanya agak tidak masuk akal. Seseorang yang sekadar mempunyai pengetahuan mendalam tidak akan dapat membuatkan Blue River kagum sehingga ke tahap ini.
"Pada waktu ini, pada server kesepuluh, dia telah mendapat pembunuhan pertama sebanyak tiga kali di Beginner's Village. Disebabkan bantuan dia, kumpulan kami telah mencipta rekod baru di 'dungeon' Hutan Fros. Dan disebabkan bantuan dia juga, Tyrannical Ambition telah berjaya membunuh Goblin Merchant. Lagi satu, dia telah membawa sekumpulan pemain yang dibentuk secara rawak dan berjaya mencuri bunuh Blood Gunner daripada Tiga Persatuan Utama," Blue River yakin kesemua pencapaian ini akan dapat meyakinkan kehebatan Lord Grim di mata Changing Spring.
"Dia telah menyertai kita? Dan juga membantu Tyrannical Ambition? Kemudian mencuri bunuh Blood Gunner dari Tiga Persatuan Utama? Dia ini dari pihak mana?" Changing Spring tidak faham.
"Dia tidak berpihak pada siapa-siapa pun. Saya sudah cuba untuk memancing dia, tapi dia tidak berminat. Dari apa yang saya boleh lihat, dia sengaja hendak bermain macam ini. Dia akan menaikkan harganya ke tahap yang sangat tinggi dan memperoleh keuntungan," kata Blue River.
"Peliknya dia ini. Siapa nama dia?"
"Lord Grim."
"Lord Grim? Ada ke jaguh handalan dengan nama seperti ini dalam server ini?" Changing Spring keliru.