Chereads / Avatar Raja / Chapter 768 - Pengumpulan (2)

Chapter 768 - Pengumpulan (2)

Selepas Ye Xiu dan Chen Guo membaca mesej An Wenyi, barulah mereka sedar yang di kalangan semua orang di sini, An Wenyi adalah satu-satunya orang yang memberitahu waktu ketibaannya dari awal lagi.

Biarpun ia bukannya satu perkara besar, nampaknya An Wenyi mengendalikan urusan dengan lebih prihatin berbanding semua orang lain.

"Jadi nampaknya semua orang akan tiba tak lama lagi," Chen Guo agak teruja. Akhirnya, kesemua ahli pasukan Happy akan berkumpul di satu tempat. Chen Guo berasakan yang pintu ke dunia baru akhirnya akan terbuka. Sejarah bakal tercipta.

An Wenyi sedang dalam perjalanan, jadi dia pastinya tidak berada dalam talian. Lagipun, tidak ada bos lain untuk direbut pada baki minggu ini. Jika ada pun, kehadiran An Wenyi tidak akan mempengaruhi situasi keseluruhan.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS