"Hmph, kamu bukannya faham apa-apa!" Wei Chen memandang hina akan komen Ye Xiu. Semua orang menaikkan kening masing-masing. Memanggil Ye Xiu, Ensiklopedia Glory sebagai seorang yang tidak tahu apa-apa sememangnya adalah sesuatu yang memalukan!
"Kemahiran yang kuat ada tempoh 'cooldown' dan tempoh menjampi yang panjang. Ia tak ada liputan yang luas dalam pertarungan," kata Ye Xiu. Liputan ini bermaksud berapa kali satu kemahiran boleh digunakan dalam tempoh tertentu. Selain daripada kemahiran pasif dan beberapa kemahiran aktif berterusan dengan liputan luas, kebanyakan kemahiran bergantung kepada 'cooldown', taktik pasukan dan gaya pemain. Kemahiran tahap tinggi seperti Pintu Maut sememangnya padan dengan kata-kata Ye Xiu. Tempoh 'cooldown' yang panjang akan memberikan liputan yang rendah.
"Tch, liputan? Apa tu? Keefisienan adalah perkara paling penting. Pintu Maut digunakan untuk meraih peluang. Kamu tahu tak betapa bergunanya 'skill point' tambahan?" kata Wei Chen.