Chereads / Avatar Raja / Chapter 74 - Memahami Maklumat

Chapter 74 - Memahami Maklumat

Pukul 12 malam. Kebanyakan pemain masih menyelesaikan 'dungeon'. Ia merupakan hari ketiga untuk server baru, semua pemain masih mencuba sedaya upaya untuk menaikkan tahap mereka.

Apabila Goblin Merchant ditemui, tidak ada sesiapa pun yang tahu siapakah pemain pertama yang menemuinya atau berapa ramai orang yang mengetahui tentang kemunculannya. Tetapi apa yang pasti, apabila Tyrannical Ambition menerima maklumat itu, mereka segera menyampaikannya kepada semua ahli persatuan mereka. Ahli-ahli yang tidak berada di dalam 'dungeon' segera bergegas ke lokasi. Mereka yang berada di dalam 'dungeon' meningkatkan kelajuan mereka. Sudah pasti, Ye Xiu turut diberitahu.

"Rakan-rakan, Goblin Merchant dah muncul. Mari kita percepatkan, saya perlu bergegas ke sana," Ye Xiu memimpin kumpulannya dan meningkatkan kelajuan.

Seven Fields dan rakan-rakannya berasa cemburu, tetapi tidak membazirkan masa. Dengan kepimpinan Ye Xiu, mereka mara dengan cepat dan menewaskan Frost Thain dalam 28 minit. Setelah keluar dari 'dungeon', Ye Xiu menghubungi Endless Night. Mereka semua juga telah keluar dari 'dungeon' dan sedang menuju ke arah Goblin Merchant. Setelah bertanyakan lokasi bos liar itu, Lord Grim bergegas ke arahnya secepat mungkin. Seven Fields dan yang lain ingin turut sama menyaksikan pertarungan itu dan Ye Xiu tidak menghalang mereka.

'Dungeon' Goblin Merchant terletak berhampiran dengan kawasan Hutan Fros, ia merupakan kawasan untuk para pemain menaikkan tahap. Di tengah perjalanan, Ye Xiu melihat ramai pemain turut sama bergerak ke arah yang sama dengan Lord Grim. Apabila melibatkan bos liar, akan ada lebih banyak persatuan selain Tiga Persatuan Utama yang turut serta, kerana setiap persatuan akan mencuba untuk mengambil kesempatan jika ada peluang.

"Saya nampak kamu," Ye Xiu menerima mesej ini daripada Endless Night sewaktu dia sedang berlari. Dia memandang ke kiri dan kanan, dan menjumpai Endless Night.

Endless Night menghantar jemputan kumpulan. Ye Xiu menerimanya dan menyertai kumpulan Endless Night. Nampaknya, ini kumpulan utama Tyrannical Ambition. Ketua kumpulannya tidak lain tidak bukan adalah Cold Night.

"Selamat datang, Lord Grim," tulis Endless Night.

Para pemain lain turut mengucapkan selamat datang. Ye Xiu membalas dengan emoji untuk menunjukkan rasa hormatnya.

"Ramainya orang!" kata Ye Xiu.

"Ya, kali ini bukan sahaja Tiga Persatuan Utama yang datang. Ada ramai pemain lain yang nak turut serta,"

"Selain Herb Garden dan Blue Brook, persatuan mana yang agak kuat juga?" tanya Ye Xiu.

"Excellent Dynasty, Samsara, Misty Castle, Void Walk, Blossom Valley, Howling Heights, 301..."

"Okay okay okay..." Ye Xiu perasan yang Endless Night gemar bercakap tanpa henti-henti.

"Ada ramai persatuan yang mempunyai kekuatan yang cukup untuk membunuh Goblin Merchant," kata Endless Night lagi.

"Dengan situasi yang rumit sebegini, Lord Grim, kamu rasa apakah perkara yang paling penting sekali untuk dilakukan?" tanya Cold Night.

"Mencuri perhatian bos," jawapan Ye Xiu tepat sekali. "Sesiapa yang dapat mencuri perhatian Goblin Merchant akan mempunyai kelebihan,"

"Tapi kamu harus tahu, sesiapa yang menarik perhatian Goblin Merchant akan turut menarik perhatian setiap orang pemain lain juga," kata Cold Night.

"Oleh itu, kita harus ada lebih dari seorang pemain yang mencuri perhatian itu," kata Ye Xiu.

"Seorang saja tak cukup?"

"Betul, tak cukup. Saya nak kita bentukkan kumpulan yang mementingkan kuasa serangan sepenuhnya. Kekuatan serangan harus tinggi supaya tak kira di mana dan bila-bila pun, pemain itu boleh menyerang dan membuatkan perhatian Goblin Merchant beralih padanya!" kata Ye Xiu.

"Berapa ramai orang yang mempunyai kuasa serangan tinggi diperlukan? Bukankah kalau kita membentuk kumpulan demikian, ramai yang akan terkorban?" tanya Cold Night.

"Kalau kita gunakan hutan ini sepenuhnya, mungkin tak ramai," kata Ye Xiu.

"Macam mana kita nak berbuat demikian?" tanya Cold Night.

"Beri saya 5 orang yang bertahap 20 ke atas dengan senjata kelas Ungu untuk melakukan 'damage'. Tak ada masalah kan?" tanya Ye Xiu.

"Tak ada masalah. Semua orang dalam kumpulan kita ada senjata kelas Ungu," jawab Cold Night.

"Saya ada senjata kelas Oren," Endless Night menunjuk-nunjuk.

"Cleric, jaga perangai kamu," tegur Ye Xiu.

"Kelas apa yang kamu mahu?" tanya Cold Night.

"Kalau semua orang mempunyai serangan jarak jauh, itu yang terbaik!" jawab Ye Xiu.

"Saya akan panggil mereka…." kata Cold Night. Nampaknya, kumpulannya sekarang tidak ada 5 orang pemain dengan serangan jarak jauh.

"Mereka akan tiba tak lama lagi," kata Cold Night.

"Berikan saya maklumat senjata mereka," kata Ye Xiu.

"Sebentar".

Cold Night mengumpul maklumat senjata setiap pemain yang dipanggilnya. Pemain kelas Gunner sememangnya menyerang dengan jarak jauh. Selain mereka, kelas Mage dan Spellblade juga menyerang dari jauh juga. Cold Night telah memanggil 3 orang pemain kelas Gunner; seorang Sharpshooter, seorang Launcher dan seorang Spitfire. 2 orang yang lain dari kelas Elementalist dan Spellblade. Mereka semua mempunyai senjata kelas Ungu dan sangat mahir menggunakannya.

"Tahap kemahiran mereka pula?" tanya Ye Xiu lagi.

Cold Night sekali lagi mengumpulkan maklumat yang diperlukan dan memberikannya pada Ye Xiu.

"Kamu ada tak…." Ye Xiu ingin bertanya lagi.

"Saudara, tolong minta semua sekaligus boleh tak??" Cold Night mula menyampah. Dia ketua kumpulan, tetapi diperlakukan seperti seorang setiausaha oleh Lord Grim!

"Saya cuma nak memahami kebolehan mereka berlima untuk melakukan damage," jelas Ye Xiu.

"Kalau kamu beritahu awal-awal, saya boleh beri kamu lihat profil pemain. Kan lagi senang begitu?"

"Kebolehan mereka untuk melakukan damage tak sama dengan jumlah damage sebenar yang dilakukan. Saya nak tahu senjata mereka ada efek khas ataupun tidak. Adakah peralatan mereka mempunyai kemahiran tambahan. Berapa banyak 'damage' setiap skill boleh lakukan. Dalam profil pemain, ada maklumat semua ini ke?" Ye Xiu bertanya dengan tajamnya.

"Baiklah, saudaraku, saya silap…." Cold Night mengalah dan pergi mengumpul maklumat sekali lagi.

Setelah memahami maklumat tersebut, Ye Xiu berkata: "Okay, saya dah faham. Ada lagi tak profil pemain yang boleh saya tengok?"

"Tak perlu kan? Kamu kata tak perlu?" Cold Night bingung.

"Kamu berlima, cepat ambil posisi masing-masing!" arah Ye Xiu.

"Kamu memimpin kumpulan ini untuk melakukan damage, jadi kami semua pula bagaimana?" tanya Cold Night.

"Kumpulan saya bukan untuk damage! Kumpulan saya hanya untuk menarik perhatian bos sahaja. Damage itu dilakukan oleh kumpulan kamu!" kata Ye Xiu.

Cold Night ingin menangis kerana diperlakukan seperti pemain baru oleh Lord Grim.

"Tengok, itu dia Goblin Merchant!" kata Ye Xiu sewaktu tiba di destinasi. Semua orang bersorak gembira setelah bos liar itu muncul. Mereka semua telah bersedia untuk bertarung dan membunuh Goblin Merchant.

Goblin Merchant ialah raksasa yang berkulit hijau dari kepala hingga ke kaki. Tetapi, dia tidak kelihatan seperti raksasa. Ia membawa beg yang besar di belakangnya dan berlari-lari di sekitar hutan. Dari semasa ke semasa, dia akan mengeluarkan sesuatu dari beg dan mencampakkannya.

Dia mencampakkan mercun, bom, koktel Molotov, batu-bata, botol wain dan sebagainya….

Setelah Goblin Merchant melemparkan koktel Molotov, seluruh medan pertarungan diselubungi dengan api yang marak. Bos liar itu pula melompat-lompat kegembiraan.

Tiba-tiba, kelihatan sekilas cahaya pedang menerangi hutan yang gelap itu. Angin dari kuasa tetakan pedang telah meniupkan dedaun kering yang berada di tanah. Goblin Merchant telah terkena tetakan tersebut sewaktu melompat dan dia jatuh tersungkur.

Kemahiran Blade Master: Sword Draw!

Seorang pemain muncul dari balik pokok: Blue River