Chereads / Avatar Raja / Chapter 67 - Tingkatkan Kelajuan

Chapter 67 - Tingkatkan Kelajuan

"Abang jaguh, kamu terlalu setia pada kami!" kata Seven Fields.

"Kamu semua pun cukup berani," Ye Xiu ketawa. Dia sudah memberitahu mereka tentang apa yang berlaku. Ketika ini, mereka seolah-olah sedang mencabut gigi seekor harimau yang tercedera. Ketiga-tiga Persatuan Utama pasti akan berdendam dengan mereka, tetapi mereka langsung tidak peduli. Sampaikan gadis kecil si Immersed Jade turut datang juga!

"Apa yang nak ditakutkan?" jerit Sleeping Moon sambil melakukan sebuah tetakan bertenaga. Dia tidak bermain semalam, jadi dia agak ketinggalan sedikit pada awalnya. Tetapi setelah berusaha bersungguh-sungguh, dia telah mencecah tahap 21 sekarang.

"Ini semua kawan-kawan kamu ke?" tanya Brawler yang bodoh.

"Betul!" jawab Ye Xiu.

"Sejak bila kamu rancang nak gunakan mereka?" tanya dia lagi.

"Sejak saya sertai kumpulan kamu,"

"Kamu dah rancang semua ini dari awal lagi?" Mereka semua kagum dengan kecerdikan Lord Grim!

Ye Xiu hanya ketawa. Dia mula memberikan arahan pada setiap pemain dengan penuh teliti, sehinggakan dia memberitahu bila mereka harus menggunakan posyen sekalipun. Posyen mempunyai 'cooldown', jadi seseorang pemain harus mempelajari waktu yang paling sesuai untuk menggunakannya.

Sekarang, ia kelihatan seperti 9 orang pemain sedang bertarung dengan Blood Gunner Yagg serentak. Tetapi sebenarnya, 8 orang daripada mereka hanyalah boneka semata-mata. Mereka semua menuruti arahan Ye Xiu seorang. Mereka agak huru-hara pada awalnya, kerana Ye Xiu hanya ada satu mulut sahaja tetapi harus memberikan arahan pada 8 orang serentak. Tetapi setelah beberapa ketika, mereka semua berjaya menemui rentak dan menjadikan keadaan stabil.

Ye Xiu menghitung kekuatan serangan setiap pemain dengan penuh berhati-hati. Dari pemerhatiannya, dia mendapati mereka tidak mungkin dapat membunuh Blood Gunner sebelum Tiga Persatuan Utama membereskan tentera raksasa tanpa mati. Kesimpulannya: Mereka tidak boleh terus bertarung di sini.

Disebabkan itu, dia mengubah taktiknya dan menjarakkan diri. Ketika ini, Blood Gunner sedang dibelasah teruk sehingga memancut-mancut darahnya.

Ye Xiu pasti tidak akan melakukan 200 kombo sekali lagi untuk mengelakkan masalah. Tetapi, Blood Gunner tetap akan masuk ke keadaan 'Enrage' sekali lagi apabila nyawanya mencecah Red Blood. Namun, Ye Xiu sudah ada cara untuk mengatasinya apabila tiba waktunya.

Nyawa Blood Gunner terus berkurangan. Dari hitungan Ye Xiu, Tiga Persatuan Utama pasti hampir membereskan tentera raksasa pada waktu ini, tetapi nyawa Blood Gunner masih ada 20% lagi. Masa semakin suntuk.

Ye Xiu melihat di sekelilingnya. Laman Tulang tidak ada banyak tempat untuk bersembunyi. Dari kejauhan, dia melihat ramai pemain menuju ke arahnya. Nampaknya, Tiga Persatuan Utama sudahpun selesai membunuh.

Kumpulan Ye Xiu sudah menyerang sekuat-kuat hati mereka. Mereka tidak mungkin dapat memperkuatkan kuasa serangan lagi melainkan diberikan senjata yang bertahap lebih tinggi. Pastilah itu mustahil buat waktu ini, tetapi….

"Abang jaguh, mereka semua dah datang!" kata Seven Fields tiba-tiba. Dia juga sudah menyedari yang mereka kesuntukan waktu.

"Okay, mari kita tingkat kelajuan," kata Ye Xiu dengan tenangnya. Pada waktu ini, mereka tidak ada pilihan lain kecuali terus bertarung.

"Macam mana?" tanya kelapan-lapan pemain itu.

"Tingkatkan kelajuan tangan kamu. Semua orang tumpukan perhatian," kata Ye Xiu.

Ini satu-satunya cara sekarang ini, meningkatkan kelajuan tangan masing-masing.

Ye Xiu pastilah tidak mempunyai masalah untuk berbuat demikian. Sepanjang waktu ini, dia telah mengawal kelajuannya supaya dia dapat menyesuaikan diri dengan teman seperjuangannya yang lain. Tetapi dengan waktu yang terhad ini, mereka semua harus meningkatkan kelajuan masing-masing.

Sebenarnya, kelajuan tangan semata-mata takkan meningkatkan kelajuan serangan seorang pemain. Kelajuan serangan ditentukan oleh senjata dan kelas pemain itu tersendiri. Tetapi kelajuan tangan boleh meningkatkan aspek lain seperti kelajuan pergerakan, kelincahan watak pemain dan sebagainya.

Ye Xiu mahu semua orang meningkatkan kelajuan efektif mereka sebanyak mungkin. Tetapi hakikatnya, mereka bukanlah pemain profesional sepertinya, jadi sama ada strategi ini akan berjaya atau tidak masih terlalu awal untuk diramal.

Dalam fikiran Ye Xiu, jika mereka dapat meningkatkan rentak kelajuan sebanyak 20% pun sudah mencukupi. Seven Fields dan Sleeping Moon pasti boleh berbuat demikian kerana mereka berpengalaman dan berbakat. Sunset Clouds dan Drifting Water pula hanya sekadar pemain bertahap biasa sahaja, jadi sama ada mereka tetap boleh memberikan perhatian penuh selepas meningkatkan kelajuan sebanyak ialah bergantung pada mereka sendiri. Sementara itu, Ye Xiu putus harapan terhadap Immersed Jade kerana dia tidak henti-henti melakukan kesilapan.

Tetapi Brawler yang bodoh telah mengejutkan Ye Xiu. Walaupun dia pemain paling bodoh di antara mereka semua, kelajuan tangannya sungguh menakjubkan. Apabila Ye Xiu memberikannya arahan, dia berjaya menurut kesemuanya tanpa sedikit kesilapan pun.

Terus bertarung!!

"Saya akan tingkatkan kelajuan sekarang!" jerit Ye Xiu.

Tangannya bergerak sepantas kilat. Teman-temannya yang lain mula meningkatkan kelajuan masing-masing. Seperti yang dijangka, Seven Fields dan Sleeping Moon tidak mempunyai masalah, begitu juga dengan Sunset Clouds. Tetapi Drifting Water lebih perlahan daripada mereka dan mula melakukan kesilapan. Immersed Jade pula…..gagal sama sekali. Mujurlah Brawler yang bodoh membuatkan Ye Xiu gembira apabila membuktikan yang dia selaju Seven Fields dan Sleeping Moon. Pemain-pemain yang lain pula sekadar biasa-biasa sahaja.

"Jangan panik! Tumpukan perhatian!"

Selain Immersed Jade, Drifting Water dan dua pemain lain masih mempunyai peluang untuk memperbaiki diri.

"Aduh, susahnya!" serangan Immersed Jade hanya sekadar mengenai angin sahaja.

"Immersed Jade, kamu jangan risau. Gunakan kemahiran kamu sebaik sahaja 'cooldown' habis, itu pun sudah cukup!"

Immersed Jade menggunakan watak kelas Assassin, iaitu kelas yang memerlukan pemain untuk mempunyai kelajuan tangan pantas. Seorang Assassin dengan tangan yang lembab ialah sangat menyedihkan.

Ye Xiu tidak tahu apa yang hendak dilakukan untuk membantunya, jadi dia menyerah kalah terhadap Immersed Jade.

Ye Xiu terus bergerak dengan kelajuan maksimum. Jika Chen Guo dapat melihatnya sekarang, dia pasti akan menarik balik kata-katanya sebelum iaitu 'tangan Ye Xiu bergerak seperti orang cacat!'.

"Cepat! Cepat! Cepat!" jerit Seven Fields tanpa henti. Kelajuan tangannya yang semakin lama semakin meningkat telah memberikan inspirasi terhadap semua pemain lain.

Tidak lama kemudian, Seven Fields menjerit sekali lagi.

"Dia hampir Red Blood!"