"Situasi agak baik?" Biarpun Happy Sheep kedengaran gembira, dia tetap tidak senang hati. Dia mempunyai perasaan yang sama dengan Wolf Head. Jika situasi baik, mengapa ada pemain yang keluar satu demi satu?
"Ya, sangat baik!" Dua pemain ini mengesahkan. "Pada mulanya, semua orang tak biasa dengan bos ini, tapi selepas beberapa pusingan, kami dah mula faham. Dia memberikan amaran dengan tepat. Asalkan semua orang ikut arahan dia, kita pasti akan dapat bereskan dungeon."
Kata-katanya ini membuatkan wajah Happy Sheep menjadi merah padam. Pada akhirnya, dia bertanya, "Habis kenapa dengan kamu berdua?"
"Susah nak elakkan daripada kesilapan berlaku…" wajah kedua-dua pemain ini turut bertukar merah.