Chereads / Avatar Raja / Chapter 552 - Mengawal Tumpuan Serangan Melalui ‘Damage’

Chapter 552 - Mengawal Tumpuan Serangan Melalui ‘Damage’

Tumpuan serangan bos?

Pada detik dan waktu ini, Crispy Bean telah terlupa akan perkara itu sepenuhnya kerana tumpuannya sendiri telah ditarik oleh Unrivaled Super Hottie.

Dia tiba-tiba tersedar apabila mendengarkan kata-kata Unrivaled Super Hottie ini. Apabila diteliti lebih lanjut, dia sedar yang tumpuan serangan Guardian Kaiwei memang masih tertumpu kepadanya. Kapak gergasi Guardian Kaiwei masih tidak disasarkan kepada Unrivaled Super Hottie! Ia masih tetap dihayunkan kepada Crispy Bean.

Bang!

Dia segera menaikkan perisai di tangannya. Ia adalah satu pergerakan yang sering dilakukan oleh Tank. Kapak gergasi itu berlaga dengan perisai Crispy Bean.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS