Lord Grim kembali ke server kesepuluh. Dari perspektif pesaing, hanya Blue River yang datang mendapatkan maklumat. Setelah Blue River selesai, dia terperangkap dalam dilema. Lord Grim berkata dia datang untuk mencuri bunuh Satria Topaz, tetapi dia mengatakannya dengan begitu terus-terang. Adakah ia benar atau palsu? Jika ia benar, adakah dia mahukan kesemua kelengkapan senjata bos itu? Jika ia palsu… apa yang dia mahu lakukan sebenarnya?
Blue River terasa begitu bodoh sekali, mengapa dia harus bertanya pun?
Hakikatnya, dia telah meluahkan apa yang ada di mindanya. Dia tidak menyangka Lord Grim akan menjawab dengan terus-terang. Hasilnya, dia tertanya-tanya sama ada Lord Grim sedang bercakap benar atau tidak.