Bunyi sumpah-seranah memenuhi seluruh kafe internet. Ada beberapa penonton yang bangun dan menendang kerusi mereka, bagaikan pengakhiran satu filem di panggung wayang. Disebabkan kemarahan mereka, kesemua penonton membuatkan keadaan menjadi huru-hara. Pelanggan di bahagian hadapan dimarahi apabila mereka memperlahankan langkah. Kekecohan ini tidak berkurangan biarpun selepas jangka masa yang lama. Kebanyakan dari para penonton ini pergi ke seberang jalan, melemparkan batu-bata, menconteng dinding dan sebagainya. Para pengawal keselamatan di kelab Excellent Era pun tidak berani hendak menghentikan mereka.