Biarpun Ye Xiu tidak mempunyai telefon bimbit, dia tetap seringkali menggunakan QQ sebagai alat komunikasi. Sewaktu dia bersara, ramai orang telah menghantar mesej kepadanya, tetapi dia tidak mempedulikan kesemuanya. Pada waktu itu, Mo Qiang telah bertanyakan tentang perkara ini kepadanya juga. Memandangkan dia telah dihubungi sekarang, dia menggunakan kesempatan ini untuk berbual.
"Panjang ceritanya. Kita cakap bila saya kurang sibuk!" Ye Xiu mengelakkan topik ini.
"Kamu memang nak cipta pasukan sendiri ke?" tanya Mo Qiang.
"Saya ada terfikir tentang itu," kata Ye Xiu.
"Jadi perbuatan ini adalah demi mengumpulkan wang untuk pasukan kamu itu?" tanya Mo Qiang.
"Tak juga," jawab Ye Xiu.
"Nampaknya kamu dalam kesusahan sekarang. Kalau macam itu, saya tak akan ambil separuh. Saya hanya akan ambil keuntungan dari dua akaun sahaja," kata Mo Qiang.
"Terima kasih!" Ye Xiu tidak menolak.