"Sekali lagi!" jerit pemain yang sama. Dari nada suaranya, jelas sekali dia semakin bertambah resah.
Mereka sudah gagal tiga kali dan sedang bersedia untuk percubaan keempat.
Chen Guo terus memerhatikan tangan kanan Ye Xiu.
Betul! Bergetar sedikit sahaja!
Setiap kali Ye Xiu menyerang untuk menggagalkan percubaan para pemain di luar, tangannya akan bergetar sedikit sahaja untuk melepaskan serangan tersebut.
"Hebat betul…" ujar Chen Guo. Biarpun imejnya telah rosak di mata Chen Guo tadi apabila melakukan perbuatan keji seperti mengutip sisa, dia menebus kembali imej tersebut dengan menunjukkan kemahiran kawalan serangan bertahap Dewa.
Ketua pemain di luar teramat marah.
"Kamu semua buat apa ni!! Kenapa benda senang macam ni pun tak boleh buat??"