Setiap pihak ada rancangan tersendiri bagi menghadapi kekecohan ini. Mereka semua mempunyai orang dalam, jadi mereka tahu tentang banyak maklumat rahsia. Namun, Chen Guo tidak pernah ada sesiapa untuk memberikan dia maklumat. Kali ini, dia dapat merasakan bagaimana perasaannya apabila memperoleh maklumat dalaman.
Jika semua ini terjadi pada waktu dahulu, dia pasti akan meluahkan sokongan terhadap Ye Xiu. Tetapi sekarang, dia telah faham akan punca segala pertelagahan dan segala muslihat di sebaliknya. Para peminat akan akan mempertahankan pendirian masing-masing. Adakah pemain yang menjadi topik perbincangan mereka peduli tentang semua ini? Mungkin tidak.