Setelah keraguannya hilang, Chen Guo menantikan jawapan Loulan Slash. Loulan Slash telah mendiamkan diri sejak Ye Xiu selesai bercakap, empat pemain dalam pasukannya juga sama. Hanya pakaian mereka yang bergerak ditiupkan angin.
Chen Guo sememangnya kurang sabar dalam keadaan ini berbanding Ye Xiu. Dia tidak senang duduk. Dia terasa hendak menembak mereka semua supaya dapat memperoleh sebarang tindak balas.
Akhirnya selepas sekian lama, Loulan Slash mula bercakap, "Saya perlukan lebih masa untuk mempertimbangkan semua ini."
"Habis selama ini kamu buat apa?" tanya Chen Guo.
"Kami mencapai keputusan yang kami perlukan lebih banyak masa," jawab Loulan Slash.
"Kenapa susah sangat!"
"Kenapa kamu tak sabar-sabar? Kalau kamu gusar sangat, kamu boleh sertai kami!" Loulan Slah ketawa sambil menghantar jemputan persatuan kepada Chasing Haze.