Apabila mereka bertiga sedar yang Launcher itu adalah Su Mucheng, mereka terfikir "Kita dah silap besar…"
Apabila Satellite Beam tepat mengenai Wang Ze dan 6 tiang cahaya kecil memerangkap Liu Hao dan He Ming, Heat Missile yang dilancarkan tepat pada waktunya membuatkan mereka enggan bertarung lagi.
Mereka bertiga tidak setanding dengan pasangan emas.
Biarpun mereka tidak gembira, mereka sedar mereka akan mati jika bertarung secara membabi-buta dengan Ye Qiu dan Su Mucheng.
Disebabkan itu, Liu Hao dan He Ming membuat keputusan untuk lari selepas Wang Ze terbunuh.
"SU MUCHENG!!!" Liu Hao menghentak meja. Pada ketika ini, kebenciannya terhadap Su Mucheng telah mengatasi kebenciannya terhadap Ye Qiu.
Wang Ze dan He Ming pula hanya memandang satu sama lain.