"Penatnya!" Ye Xiu menggeliat dari komputernya. Chen Guo dan Ye Qiu yang sedang mengemas barang di belakangnya merenung dengan marah.
"Macam mana? Dah habis mengemas?" Ye Xiu berjalan ke arah mereka dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang, seolah-olah dia merupakan seorang pemeriksa.
Chen Guo melemparkan sesuatu ke arahnya. Namun, Ye Xiu agak tangkas. Dia menaikkan tangan dan menyambutnya. Rupa-rupanya sebiji epal yang dilemparkan.
"Pergi basuh buah itu!" Chen Guo memberikan tugasan kepada Ye Xiu. Tetapi tidak lama kemudian, dia mendengar bunyi mengunyah. Epal yang dilemparkan tadi sudah digigit.
"Apa? Kamu tak basuh pun lagi…" Ye Xiu yang telah menggigit epal tadi tetap tenang seperti biasa. Dia meludahkan epal yang digigit tadi dan melemparkan buah tersebut kembali ke Chen Guo.
Chen Guo tidak menangkapnya. Dia membiarkan epal itu terbang melepasinya dan buah tersebut jatuh bergolek di lantai.