Bertarung merebut rekod dungeon sudah tidak seronok lagi tanpa kekecohan yang ditimbulkan oleh persatuan-persatuan lain. Sebagai contoh, perlumbaan maraton hanya akan seronok apabila pemenangnya muncul dari kalangan sekumpulan besar pelari. Jika hanya ada satu pelari di sepanjang perlumbaan, ia pasti membosankan.
Inilah yang berlaku apabila Happy mendominasi rekod dungeon Hutan Jelam. Mereka telah menjadikan persaingan yang dinanti-nantikan menjadi sesuatu yang membosankan. Mendominasi 10 tempat teratas dalam carta memang menakjubkan dan ahli Happy sangat bangga, tetapi kelima-lima ahli pasukan yang mencipta rekod sudah sangat penat.
Horse Shooter dan Thousand Creations sudah tidak lagi teruja selepas mencatat sejarah rekod ini. Mereka sudah bosan.
"Rekod baru?"
"Ya, rekod baru."
Bahkan tanda seru juga sudah hilang dari perbualan.
"Lepas ni apa?" tanya Tang Rou kepada Ye Xiu. Dia memang benci apabila tidak ada cabaran baru.