Malam yang tenang berlalu. Rasa cemas yang dirasakan sepanjang hari telah mula surut. Sewaktu matahari terbit dan tiba masa untuk semua orang berehat, para ketua persatuan tiba-tiba menerima mesej dari Lord Grim. "Jangan lupa bahan mentah untuk esok!"
"APA!!!" Semua ketua persatuan terkejut. Mereka tidak pasti bagaimana hendak menjawab.
Tiba-tiba satu mesej lagi menyusul. "Saya bergurau sahaja."
"Celaka!" Ada yang menaip tanpa sengaja di laman sembang dunia. Mereka yang tidak tahu apa yang berlaku pastilah tidak mengetahui punca sumpah senarah ini.