Strategi penting ini adalah pengetahuan asas. Sesiapa yang mempunyai pengalaman bermain pasti mengerti akan perkara ini. Dalam pertarungan berkumpulan, Cleric akan sentiasa dilindungi. Biarpun ini hanyalah pertarungan kecil, mereka berlima tidak berani cuai kerana mereka tahu akan kekuatan dan sejarah Tang Rou. Mereka membentuk formasi. 4 orang pemain membentuk formasi empat segi dengan Cleric dilindungi di bahagian tengah.
Jika Soft Mist hendak menyerang Cleric, dia perlu terlebih dahulu merempuhi dua orang musuh di bahagian hadapan.
Salah seorang pemain adalah Ghostblade, seorang lagi pula Knight. Pasukan elit ini bekerjasama dengan baik. Knight menuju ke hadapan dengan perisainya dinaikkan untuk menahan serangan. Ghostblade kekal di belakang dan menjampi Sempadan Roh.
Selain dari mengurangkan damage, perisai juga penting untuk mengurangkan efek serangan.