Grenade merupakan kemahiran Spitfire tahap rendah. Biarpun ia mendatangkan damage jenis AoE (Area of Effect), damage miliknya sangat rendah. Namun, ia sangat efektif untuk mengosongkan sesuatu tempat kerana cooldown miliknya sangat rendah.
Di dalam air, pemain musuh tercampak di merata tempat. Ombak di permukaan air terus beralun dan pemain yang sudah hampir mencecah permukaan telah tercampak akibat gelombang letupan yang terhasil. Selepas itu, mereka mendengar bunyi pemain tercampak ke dalam air berkali-kali dan sekilas pancaran cahaya pun muncul.
Ye Xiu melakukan Quick Recover setelah masuk ke dalam air. Dia mengawal pergerakan Lord Grim dengan lancar. Sebaik sahaja dia menyelam, dia melepaskan Sword Draw. Pancaran cahaya pedang tersebut menetak air dan membentuk bebuih. Kepantasan pedang di dalam air sememangnya lebih perlahan berbanding di permukaan, tetapi tidak ada seorang pemain pun yang berjaya mengelak.