Chereads / Avatar Raja / Chapter 334 - Hari Ketiga

Chapter 334 - Hari Ketiga

Kedua-dua wanita ini tidak tidur. Mereka terus berbisik-bisik lagi. Tekaan Tang Rou sudah terhenti kerana pada akhirnya, dia tidak begitu memahami kancah profesional Glory. Biarpun dia bermain dengan serius, kebanyakan perhatiannya tertumpu kepada memperbaiki diri. Dia bukannya peminat tegar seperti Chen Guo yang memberikan perhatian kepada setiap berita kancah profesional serta segala gosip.

Mereka berdua mengimbas kembali apa yang telah mereka bincangkan. Biarpun mereka telah meneka segala senario, ia agak tidak sopan untuk mengambil kad pengenalan Ye Xiu dan memaksa dia menceritakan latar belakangnya.

"Lebih baik kita tanya bila ada peluang! Kalau dia tak nak cerita, tak apalah," kata Tang Rou.

"Okey…" Chen Guo masih ingin bergosip, tetapi dia masih tetap memahami maksud kelakuan sopan.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS