Chereads / Avatar Raja / Chapter 332 - Masa Lepas Memalukan

Chapter 332 - Masa Lepas Memalukan

Chen Guo pada mulanya tidak pasti hendak menggunakan nada apa sewaktu berbicara dengan Ye Xiu. Namun, selepas melihat sikap Ye Xiu yang seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku, dia melepaskan geramnya seperti biasa.

"Okey, apa yang kamu nak saya jelaskan?" kata Ye Xiu dengan tenang.

"Kamu…" Chen Guo seolah-olah boleh menyerangnya pada bila-bila masa. Tang Rou segera bertindak untuk menjadi orang tengah. Dia menolak mereka berdua masuk ke bilik sambil berkata, "Apa kata kamu berdua duduk dulu sebelum bercakap!"

"Duduklah di mana-mana yang kamu suka." Ye Xiu membawa mereka berdua masuk ke bilik.

"Apa masalah kamu sebenarnya?" Selepas duduk, nada Chen Guo bertambah tenang, namun jelas sekali dia sedang cuba mengawal emosinya.

"Saya Ye Qiu. Kan saya dah beritahu kamu dari dulu lagi?" Ye Xiu akhirnya berkata.

"Itu pun boleh ke?" Chen Guo naik marah.

"Habis, macam mana?" balas Ye Xiu.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS