Chereads / Avatar Raja / Chapter 318 - Berjumpa Idola

Chapter 318 - Berjumpa Idola

Dia nak suruh saya naik ke? Ye Xiu sudah tidak pasti lagi. Su Mucheng sedang bergelut membuat keputusan: "19 ke 23 ya?" Su Mucheng mengomel.

Kesemua penonton lain sudah berpaling untuk melihat ke arah mereka. Mata mereka dipenuhi perasaan cemburu. Tidak kira apa pun pilihan Mucheng, salah seorang dari mereka akan dapat naik ke pentas.

"Memandangkan ada 2 pilihan sahaja, kamu nak lempar duit syiling untuk tentukan tak?" Hos mencadangkan.

"Tak payah. Saya dah buat keputusan," kata Su Mucheng.

"Oh? Yang mana?" tanya hos.

"Ia…" Su Mucheng berhenti seketika dan menarik nafas. Ye Xiu sudah dapat meneka. Su Mucheng tidak akan memilihnya. Dia hanya hendak mengusik Ye Xiu dan menakut-nakutkannya. 

Seperti yang dijangka, Su Mucheng memilih nombor 23, tempat duduk Tang Rou.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS