Chereads / Avatar Raja / Chapter 311 - Klimaks yang Dibayangkan

Chapter 311 - Klimaks yang Dibayangkan

10 minit. Jumlah masa ini bukan singkat bagi pertarungan 1 lawan 1.

Pada waktu dahulu, perlawanan Glory mempunyai had masa. Perlawanan 1 lawan 1 mempunyai had selama 5 minit. Jika masih tidak ada pemenang selepas tempoh masa ini, pemenang akan ditentukan berdasarkan siapa yang mempunyai lebih banyak nyawa.

Had masa ini bertujuan untuk membantu siaran pertarungan, namun disebabkan ini, banyak strategi pasif digunakan. Misalnya, selepas pemain memperoleh kelebihan dari segi jumlah nyawa, mereka tidak akan terus bertarung lagi. Sebaliknya, mereka bermain sorok-menyorok pula.

Strategi ini sangat membosankan untuk ditonton. Pihak lawan akan berasa kecewa dan penonton juga tidak menyukainya. Bahkan para pengulas juga tidak tahu hendak berkata apa sewaktu perkara ini berlaku. Disebabkan ini, Pakatan Profesional memutuskan untuk menghapuskan had masa. Sejak dari itu, pertarungan akan ditentukan melalui siapa yang hidup dan siapa yang mati.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS