Kesemua ini memang sukar diterima, namun Chen Yehui mengetap giginya dan terus bertahan.
Dia hanya mampu melihat sahaja jarak antara pemain persatuannya dengan 3 pemain di tangga teratas menjadi semakin jauh. Selain itu, kebanyakan pemain lain semakin merapatkan diri dengan kedudukan mereka juga. Chen Yehui sangat khuatir, tetapi dia tidak boleh berbuat apa-apa.
Hanya ada satu sahaja sinar harapan yang tinggal buat Chen Yehui.
Acara ini akan berlangsung selama 36 jam lamanya. Lord Grim tidak seperti ahli para persatuan yang menggunakan 2 atau 3 pemain untuk menguruskan satu akaun dalam syif yang berbeza. Lord Grim hanya boleh dimainkan oleh Ye Qiu seorang. Para pemain lain pasti tidak akan dapat melakukan apa yang dia lakukan sekarang.
Chen Yehui merancang bagaimana dia akan meningkatkan kelebihan sewaktu Ye Qiu berehat dan melebarkan jarak antara mereka supaya Ye Qiu tak akan dapat mengejar sewaktu dia kembali online.