Chereads / Avatar Raja / Chapter 269 - Ia Tidak Semudah Itu

Chapter 269 - Ia Tidak Semudah Itu

Sepuluh orang penghuni Bandar Dosa bangun. Pandangan mereka tertumpu pada Tang Rou. Mereka mendesis dan mara ke hadapan.

Wind Following Sword turut bangun dan tersenyum licik.

Tang Rou sangat membenci pemain ini. Dia teramat marah. Kemarahan ini jauh mengatasi kemarahannya sewaktu diserang hendap oleh para persatuan.

Dia terus menyerang 10 orang penghuni itu. Namun, tombak Bulan Merahnya dihalakan pada Wind Following Sword.

Wind Following Sword tersentak dengan tindakan Tang Rou, tetapi dia menenangkan diri apabila melihat 10 orang penghuni menghalang serangan Tang Rou.

Biarpun Tang Rou boleh memilih untuk melarikan diri, dia tetap mara ke hadapan.

Wind Following Sword tidak bergerak dan memerhatikan Soft Mist bertarung dengan para penghuni. Dia tidak mahu beredar kerana dia mahukan pencuri Krismas di belakang Soft Mist. Jika dia dapat membunuh Soft Mist sekali, bagus juga.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS