"Dungeon memang bosan jika dibandingkan." Kata Ye Xiu pada Tang Rou, "Tapi jika kamu nak maju, kamu tak boleh mengelakkan latihan yang membosankan ini."
Dia tidak menceritakan apa-apa yang mengharukan atau memberi contoh tentang orang yang mengagumkan demi memujuk Tang Rou. Ye Xiu hanya berkata perkara ini sahaja.
"Saya faham." Jawab Tang Rou. Jawapan ini menyamai jangkaan Ye Xiu. Dia tahu dia tidak perlu menjelaskan lebih lanjut.
Kelajuan tangan Tang Rou bukannya sesuatu yang semulajadi, ia pasti dibentuk melalui latihan jangka panjang. Disebabkan inilah Ye Xiu percaya yang dia pernah melalui latihan sebegini sebelumnya. Hasil keputusan tidak akan datang daripada berlatih sekali dua sahaja. Apa yang paling penting adalah kesungguhan.