Chereads / Avatar Raja / Chapter 125 - Tuhan Jiexi

Chapter 125 - Tuhan Jiexi

"Kemahiran mekanikal mereka agak baik kan?" kata Plantago Seed.

"Ya," Wang Jiexi bersetuju. Bagi pemain biasa, kemahiran mekanikal mereka bertiga memang layak digelar 'baik', termasuk Brawler yang gopoh itu.

"Tapi kita hanya melihat mereka membunuh raksasa, jadi tak ada banyak perkara yang boleh dilihat," kata Wang Jiexi lagi.

"Habis macam mana?" tanya Plantago Seed.

"Pinjamkan akaun kamu sebentar. Saya nak memberikan salam kepada mereka," kata Wang Jiexi.

"Ah!" Plantago Seed segera bangun dan menyerahkan tempat duduknya. Nadanya gembira bercampur terkejut. Dia terkejut kerana Dewa Jiexi sanggup muncul demi mereka bertiga. Dia gembira kerana berpeluang menyaksikan kemahiran Dewa Jiexi secara langsung. Biarpun dalam perlawanan profesional sekalipun, mustahil untuk melihatnya beraksi dalam jarak dekat sebegini.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS