Proses menyelesaikan 'dungeon' disambung.
Menentang bos pertama Goblin Patrol Guard sangat mudah sekali. Selain daripada mengelakkan serangan fizikalnya yang kuat, tidak ada apa-apa yang perlu difikirkan lagi oleh para pemain. Walaupun serangan kuat dari bos ini mampu menggerunkan pemain-pemain biasa, pemain dengan kemahiran mekanikal tinggi tidak akan terkesan. Tumpuan serangan Goblin Patrol Guard tertumpu pada Lord Grim seorang dan dia dibuli-buli olehnya. Kelima-lima pemain lain menyerang dengan sepenuh kuasa, dan dalam tempoh yang singkat sahaja, bos pertama itu ditumbangkan.