Chereads / Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 566 - Tindak Balas Qin Chu (6)

Chapter 566 - Tindak Balas Qin Chu (6)

"Tuan, tak ada apa-apa lagi daripada Bintang Diraja."

"Ha… dia pasti sedang bersabar." Qin Chu tergelak. Perkara tersebut merupakan berita yang bagus kerana itu bermakna Su Yu merupakan pihak lawan yang bagus, berbanding seseorang yang akan menjadi cemas apabila diusik walau sedikit.

"Tuan, apa kita patut buat sekarang?" Yang masih tidak faham kenapa GK menceburi bidang industri hiburan.

Momentum GK sangat kuat; dengan reputasi dan modalnya, ia boleh menghuru-harakan industri hiburan.

Su Yu pula bertindak seolah-olah dia tidak terlibat dengan krisis ini. Dia sedang menikmati sarapannya dan dalam masa yang sama dia mengelak dari paparazzi.

- Di restoran dim sum Hong Kong di pintu masuk belakang Bintang Diraja –

Su Yu dan pembantunya sedang menikmati sarapan secara senyap dengan ladu udang, ban telur ketam dan teh terhidang di hadapan mereka. Dia sedang menikmati saat tersebut.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS