Chereads / Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 38 - Dilepaskan dengan Ikat Jamin

Chapter 38 - Dilepaskan dengan Ikat Jamin

Gao Ran terus mengecam Huo Mian. Pertamanya, Huo Mian ialah wanita yang disayangi oleh kawan rapatnya, Qin Chu suatu ketika dahulu. Kedua, Huo Mian tidak berubah begitu banyak semenjak zaman sekolah tinggi. Dia cuma hilang rupa naïf yang dimilikinya pada zaman dahulu.

Dia masih ingat ketika Qin Chu berpasangan dengan Huo Mian tujuh tahun lalu. Mereka selalu melepak dan keluar makan malam bersama-sama.

Ketika itu, teman wanita Gao Ran juga salah seorang gadis tercantik dalam kelas mereka. Qin Chu akan membawa Huo Mian bersama dan mereka berempat selalu membeli makanan bersama-sama.

Kini, apabila dia mengimbas kembali semua kejadian itu, masa kelihatan sudah lama berlalu.

Gao Ran membelek telefon si mabuk itu dan sudah tentulah, dia menjumpai nama 'Mian' dalam senarai kenalan.

Gao Ran membuat andaian nama itu semestinya milik Huo Mian dan lelaki itu pasti mempunyai hubungan intim dengannya memandangkan dia menggunakan gambar Huo Mian sebagai latar belakang.

Kemudian, Gao Ran tiba-tiba mendapat idea…

Dia berpusing ke polis muda di sebelahnya dan bertanya, "Adakah kamu sudah mencari kad pengenalannya? Apa namanya?"

"Ya, Kapten Gao. Nama lelaki ini adalah Ning Zhiyuan."

"Okey." Kemudian, Gao Ran mengambil telefon tersebut, berjalan keluar dari sel tahanan dan mendail nombor telefon Huo Mian.

Sementara itu, Huo Mian sedang mendengar muzik dan sudah pun separa terlena. Jam sudah menunjukkan jam 11.30 malam.

Dia bangun dengan mamai apabila telefonnya berdering. Tetapi apabila dia melihat panggilan tersebut merupakan daripada Ning Zhiyuan, dia teragak-agak sebelum mengangkatnya.

"Zhiyuan, apa dia?" Nadanya kedengaran sedikit tidak mesra.

"Hello. Adakah kamu Cik Huo Mian?" Gao Ran bercakap dengan formal.

"Ya, saya. Boleh saya tahu siapa kamu?"

"Saya kapten di Jabatan Polis Jenayah di pusat bandar. Kami sudah menahan seorang pelanggan pelacur bernama Ning Zhiyuan semasa misi anti-pelacur kami malam ini. Adakah dia kawan kamu? Kami jumpa nombor telefon kamu di dalam telefonnya." Gao Ran sengaja menekankan perkataan 'pelanggan pelacur'.

Huo Mian terkejut. Pelanggan pelacur? Ning Zhiyuan? Bagaimana ini berlaku?

"Cik Huo Mian, adakah kamu masih di sana?" Gao Ran bertanya.

"Ya, saya."

"Ning Zhiyuan ini kawan kamu, kan?"

"Ya." Huo Mian membalas.

"Jadi, bolehkah kamu datang untuk ikat jamin dia sekarang?"

Selepas seketika, Huo Mian membalas perlahan-lahan. "Okey, saya akan ke sana sekarang."

Selepas panggilan itu berakhir, dengan senyuman jahat di wajahnya, Gao Ran mengambil telefonnya dan mendail nombor lain.

Qin Chu merupakan seorang yang tidur lewat pada waktu malam. Dia sering menyemak dokumen dan statistik syarikat di bilik bacaannya pada waktu malam. Selepas itu, dia akan minum sedikit kopi dan menganalisa pasaran saham.

"Hello?"

"Chu. Kali ini kamu perlu belanja saya makanan yang enak."

"Sekarang? Pukul berapa sekarang ini?" Qin Chu memandang jam tangannya. Sudah tengah malam. Apa masalah si dungu ini?

"Datang ke balai polis saya sekarang. Saya ada kejutan untuk kamu."

"Saya tidak berminat." Qin Chu segera menolak.

"…" Gao Ran terdiam tanpa sepatah kata."Hmm…jangan menyesal kalau begitu. Saya beritahu kamu ya, kalau kamu tidak datang sekarang, kamu akan ketinggalan satu kejadian menarik. Huo Mian akan tiba di sini sekejap lagi."

"Siapa?" Minat Qin Chu segera memberi respons apabila mendengarkan nama Huo Mian.

"Cepat datang ke sini. Hah, kasihan kamu kalau terlepas perkara ini." Gao Ran segera memutuskan panggilan selepas selesai bercakap.

Qin Chu bangun, menukar pakaiannya dan memandu Audi R8nya ke pusat bandar.

Huo Mian tidak kelihatan di mana-mana ketika Qin Chu tiba di balai itu.

Gao Ran berdiri di pintu dan berkata dengan yakinnya, "Tunggu sahaja. Huo Mian akan tiba sekejap lagi.

"Apa yang berlaku ini? Sekarang sudah lewat? Kenapa dia mahu datang ke balai polis pada waktu begini?"

Qin Chu bergegas ke sana bukan kerana dia mahu berjumpa Huo Mian. Tetapi dia bimbang. Kenapa gadis seperti Huo Mian ini akan datang ke tempat seperti ini begitu lewat? Adakah dia mempunyai masalah?

Sebaik sahaja Gao Ran mahu membalas, dia terlihat seorang gadis kurus berjalan masuk.

Rambut hitamnya yang panjang dan sweater kuning airnya membuatkan Huo Mian begitu menarik.

Qin Chu juga perasan. Matanya segera beralih ke arah pintu.

"Hello. Saya baru sahaja menerima satu panggilan. Saya di sini untuk mengikat jamin Ning Zhiyuan." Suara Huo Mian sedikit serak dan dia tidak kelihatan begitu sihat.