Chereads / Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 39 - Diperangkap?

Chapter 39 - Diperangkap?

"Okey, sila datang ke sini dan isi borang ini." Salah seorang anggota polis itu membawa Huo Mian ke tepi.

Qin Chu hanya diam. Tiada sesiapa tahu apa yang bermain di fikirannya.

"Jadi? Gila kan? Saya tidak sangka ini boleh jadi satu kebetulan. Tapi, siapa sangka teman lelaki Huo Mian merupakan antara pelanggan pelacur yang kami tahan?"

"Mereka sudah berpisah." Qin Chu berkata dengan tenang.

"Hah, macam mana kamu tahu tentang hal itu? Nampaknya, berita kamu memang mutakhir." Gao Ran ketawa.

Qin Chu terdiam. Tetapi matanya tidak pernah meninggalkan Huo Mian…

Selepas Huo Mian membayar dua ribu yuan untuk ikat jamin, dia mengeluh…

Dua ribu yuan terakhir daripada bonusnya sudah habis digunakan sekarang. Nasib baik dia akan mendapat gaji nanti. Kalau tidak, dia tidak akan mampu bertahan.

Selepas membayar duit itu, Huo Mian menuju ke arah sel tahanan. Ning Zhiyuan masih mabuk dan sudah terlena. Pada bajunya, terdapat kesan gincu merah.

Huo Mian mengerti Ning Zhiyuan berpasangan dengan He Man kerana dia dalam keadaan marah.

Namun, Ning Zhiyuan di rumah pelacuran? Itu sangat tidak dijangka-jangka kerana dia sering kelihatan seperti lelaki yang beradab.

"Kamu boleh bawa dia pulang sekarang. Beri dia pengajaran secukupnya. Kenapa dia berbuat begitu sedangkan dia sudah ada teman wanita yang cantik? Dia memang tidak menghargai kamu." Polis itu berterusan membebel.

Huo Mian mengangguk dengan kekok. Kemudian, dengan seluruh kudratnya, dia menarik Ning Zhiyuan dan mengheretnya keluar.

Qin Chu terus hilang ketenangannya apabila dia melihat Huo Mian memegang si mabuk Ning ZHiyuan semasa mereka berjalan keluar.

"Biar saya buat." Sebelum Huo Mian sempat membalas, Qin Chu sudah menarik Ning Zhiyuan dan membawanya.

"Kenapa kamu di sini?"

Huo Mian sangat terperanjat melihat Qin Chu.

"Adakah kamu…juga…salah seorang…pelanggan pelacur yang ditahan?" Wajah Huo Mian perlahan-lahan bertukar pucat.

Jika dia kecewa apabila mengetahui Ning Zhiyuan melawat rumah pelacuran, mengetahui Qin Chu juga berada di sana akan membuat dia lebih bersedih.

"Kamu bergurau kah?" Wajah Qin Chu bertukar muram semasa dia memandang Huo Mian dan membalas.

Pada ketika itu, Gao Ran segera berjalan ke arah mereka dan menerangkan, "Saya telefon Chu ke sini. Saya mahu tunjukkan bagaimana teman lelaki bekas teman wanitanya kelihatan."

Huo Mian ketawa sinis. "Kamu tidak ada kerja lain yang perlu dibuat kah?"

"Hah? Apa yang kamu cakapkan?" Gao Ran membalas dengan rupa seperti seseorang yang disalahkan.

Sebelum dia habis bercakap, Huo Mian berpusing dan berjalan keluar dengan marah.

Qin Chu mengheret Ning Zhiyuan dan mengikutnya keluar.

"Mereka sangat aneh. Saya tidak tahu saya buat benda yang baik atau tidak." Gao Ran bercakap sendiri sambil menggaru dagunya.

Selepas mereka berjalan keluar dari balai polis, Huo Mian berpusing dan berkata, "Okey, berikan dia kepada saya."

"Apa yang kamu mahu buat? Kamu mahu bawa dia pulang ke rumah kamu?"

"Ke mana lagi saya patut bawa dia?" Huo Mian bertanya sebagai balasan.

"Tidak, saya tidak akan benarkannya." Qin Chu berkata dengan garang.

Huo Mian tergamam. "Qin Chu, kamu tidak berhak memberi pandangan dalam hal ini. Pertama sekali, kita bukan berpasangan. Dan yang kedua, saya hanya datang ke sini untuk mengikat jamin Ning Zhiyuan keluar, hanya sebagai kawan."

"Tidak perlu terangkan. Saya akan aturkan sesuatu untuk dia." Kemudian, tanpa mengendahkan bantahan Huo Mian, Qin Chu menolak Ning Zhiyuan masuk ke dalam Audi R8nya.

"Hei, kamu mahu bawa dia ke mana?" Huo Mian bertanya cemas.

"Buang dia ke laut dan jadikan dia makanan jerung." Qin Chu terus memecut laju.