"Cik Hui… jangan terburu-buru… haha, izinkan saya yang buat." Lelaki berparut itu mengambil pistol daripada tangan Zhou Guanghui dan sebaik sahaja dia mahu menyasarkan Qin Chu, Qin Chu segera bangun dan merampas pistol itu daripada tangannya. Kemudian, Qin Chu menyasarkan pistol itu ke arah dahi lelaki berparut itu.
Melihat apa yang berlaku, Huo Mian segera berlari ke belakang Zhou Guanghui dan mengeluarkan jarum perak lalu menyasarkan dahi Zhou Guanghui… ia tempat paling senang dan berbahaya yang dia tahu.
"Bos!"
"Cik Hui!"
Orang suruhan mereka mula panik…
"Berundur, lepaskan kami." Suara Qin Chu dingin.
Lelaki berparut itu mula menyalahkan diri sendiri kerana memandang rendah kebolehan Qin Chu. Dia tidak pernah menyangka lelaki dengan pisau di dada mampu bergerak tangkas…
Qin Chu menolak pistol itu dengan lebih kuat ke dahi lelaki itu apabila melihat tiada reaksi darinya.