"Dr Huo, sorang lagi pesakit nak buat janji temu dengan kamu, tapi waktu rehat untuk makan tengah hari akan mula 10 minit lagi. Kamu nak jumpa dia sekarang atau lepas makan tengah hari?" Pembantu Huo Mian bertanya sambil berdiri di luar pintu pejabatnya.
"Dr. Huo?" tanya jururawat itu dengan lebih kuat, tetapi masih tiada siapa yang memberi jawapan.
Tertanya-tanya, jururawat itu menolak pintu dan berjalan masuk, namun tiada siapa yang berada di dalam.
"Huh, peliknya… Dr. Huo tak keluar tinggalkan pejabat pun."
Jururawat itu keliru; dia telah menerima pesakit di kaunter pendaftaran di luar sepanjang masa, maka ke mana sahaja Huo Mian pergi, dia pasti akan melihatnya.
Namun, dia tidak melihat Dr. Huo naik atau turun tangga. Tambahan pula, ketika pesakit sebelum ini masuk untuk berjumpa Dr. Huo, dia masih berada di dalam pejabat.
Masa cuma berselang kurang sepuluh minit, kemana Dr. Huo menghilang?