"Ya, saya tahu." Huo Mian membalas dengan ringkas.
"Kamu dalam keadaan susah… kamu nak balik dan tinggal untuk beberapa hari?" tanya Huo Siqian.
"Kenapa kamu macam gembira perkara ni berlaku. Apa kaitan dengan kamu?" tanya Huo Mian sebagai balasan.
"Haha… kamu suka fikir bukan-bukan, Mian. Saya cuma risau… sebab tu saya tanya. Kamu perlukan apa-apa bantuan?"
"Tak apa, saya okey."
"Baiklah. Oh ya, datanglah ke syarikat bila kamu ada masa. Orang tua tengah rangka semula wasiatnya."
"Okey."
Huo Mian tidak pernah berasa takut difitnah Puan Qin; dia tahu wanita itu tidak pernah menyukainya.
Namun, bukti yang Song Yishi tidak bersalah, digabungkan pula dengan kenyataan ini membuatkan dia keliru.
Adakah Huo Siqian dalang semua ini, atau Song Yishi?
Atau mereka bekerjasama? Lebih banyak Huo Mian berfikir mengenainya, lebih kusut fikirannya…
- Rumah Besar Qin -