Jelas sekali dia hanya berpura-pura.
Qin Chu mengambil masanya dan menjawab perlahan, "Tak apa, Encik Huo, saya boleh jaga isteri dan mak mertua saya. Saya akan layan mereka dengan elok. Jadi, kamu tak perlu risau."
"Saya…" kata-kata Qin Chu membuatkan Huo Zhenghai tergamam.
Itulah yang digelar sebagai layanan dingin…
"Kamu dengar apa yang dia cakap? Kami tak berminat dengan duit bodoh kamu. Tak perlu bertindak macam kamu hebat sebab kamu ada duit. Biar saya beritahu kamu, ia tak akan berguna lagi sekarang. Dulu saya bercinta dengan kamu, salah satu sebabnya ialah kerana kamu kaya. Tapi sekarang, saya sedar - semua duit dekat dalam dunia ni tak boleh bahagiakan kamu. Kamu masih tak boleh hidup sampai umur 200 tahun. Berpuas hati dengan apa yang kamu ada yang beri kebahagiaan sebenar."
Yang Meirong menyebelahi anaknya…
Setelah melihat kedegilan keluarga ini, Huo Zhenghai tidak mempunyai pilihan lain selain beredar.