"Puan Qin, apa yang kamu cakap ni? Jangan bergurau, kenapa Qin Chu nak bercerai? Dia sangat mencintai Huo Mian." Song Yishi tersenyum pahit.
"Tak ada apa yang mustahil. Biar saya beritahu kamu, lelaki semua sama. Lama-kelamaan, mereka akan bosan dengan pasangan mereka. Semua kucing akan menyelinap ke sana sini dan kasih sayang anak saya pada Huo Mian tak akan bertahan selama-lamanya. Hubungan mereka akan musnah sebaik sahaja ada salah faham berlaku di antara mereka. Saya tak suka mereka bersama dan saya rasa mereka akan bercerai tak lama lagi. Saya sukakan kamu, Shi… Saya nak sangat kamu jadi menantu saya."
"Puan Qin… Saya tak rasa saya cukup bertuah. Chu… tak nampak macam sukakan saya."
"Siapa yang cakap macam tu? Dia sangat sukakan kamu masa dia kecil… kamu berdua sangat mesra ketika kamu tinggal dengan keluarga kami."
Puan Qin sentiasa menggunakan cerita zaman kanak-kanak mereka untuk meyakinkan Song Yishi.