"Cepat keluar dari sini." Huo Mian panik semasa dia melihat menerusi jari jemarinya dan perasan yang Qin Chu tiada niat untuk beredar dari situ.
"Kamu berjalan di ruang legar dalam keadaan tidak berpakaian pada tengah hari buta. Kamu pasti yang kamu tidak cuba menggoda saya?" Qin Chu tergelak kecil dan langsung tidak mengalihkan pandangannya daripada tubuh Huo Mian.
"Saya tidak tahu kamu ada di rumah. Siapa sangka kamu ada di rumah pada waktu begini! Kamu tidak ada kerja kah?" Huo Mian berkata dengan marah sambil menunjuk-nunjuk jarinya pada Qin Chu. Mukanya merah dengan amarah.
Qin Chu kekal diam sambil matanya mengekori rapat lekuk tubuh Huo Mian naik turun.
"Kamu si gatal!"
Huo Mian berasa dia sudah terdedah sepenuhnya. Dia menolak Qin Chu ke tepi dan berlari ke bilik tidur.
"Tolonglah Puan Qin. Saya suami kamu secara sah, okey?" Qin Chu tidak dapat tidak, menggumam sendirian di ruang legar.
-Di dalam bilik tidur-