"Mengandung? Oh Tuhan, kamu bergurau ke?" Jiang Xiaowei hampir hilang akal.
"Hei, ni ujian awal kehamilan dan ada dua garis padanya."
"Tapi garis yang kedua tak jelas sangat, macam mana kamu boleh yakin yang saya mengandung?" Jiang Xiaowei terkedu.
Dia sudah lama tidak bersama Wei Liao…
Mereka baru berpindah untuk duduk bersama-sama selama 20 hari.
Pagi ini, dia tersedar bahawa haidnya yang selalu menepati masa telah lambat sehari.
Di atas sebab-sebab yang agak pelik, dia membeli alat ujian awal kehamilan dan…?
"Ni sepatutnya tepat." Huo Mian mengangguk.
"Alamak… apa yang saya patut buat sekarang?" Jiang Xiaowei kelihatan seperti belum bersedia untuk menjadi ibu.
"Hei, bukan ke tu sesuatu yang bagus? Kenapa kamu nampak macam ada benda jahat jatuh atas riba kamu?" Sebenarnya, Huo Mian mengagumi Jiang Xiaowei.
Alangkah bagusnya jika dia yang mengandung…?