Ketika dalam perjalanan, Huo Mian meringkaskan cerita mengenai situasi Zhixin dan Huang Yue kepada Qin Chu.
Oleh itu, Qin Chu sudah mengetahui apa yang berlaku.
Huo Mian, yang masih lagi demam, berjalan ke bilik Zhixin.
"Zhixin, buka pintu. Kakak ni."
Huo Mian mengetuk beberapa kali tetapi Zhixin tidak mahu membuka pintu…
"Zhixin… bukalah pintu… kita bercakap dekat luar."
"Kak, saya mengantuk. Saya nak bersendirian."
Huo Mian memandang Qin Chu dengan tidak berdaya…
Dia berjalan menghampiri Huo Mian. "Biar saya cuba."
"Zhixin, saya ni. Buka pintu, saya nak bercakap tentang latihan kamu dekat GK."
Sudah tentu, setelah mendengar suara Qin Chu, Jing Zhixin perlahan-lahan membuka pintu biliknya.
"Baguslah, akhirnya kamu keluar."
Melihat Zhixin tidak apa-apa, Huo Mian menghela nafas lega…
"Kakak… dia putuskan hubungan dengan saya." Zhixin memandang Huo Mian, air mata bertakung di kelopak matanya.