Chereads / Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 83 - Menjaga Dewan Berkabung

Chapter 83 - Menjaga Dewan Berkabung

"Huo Mian? Huo Mian yang mana? Anak perempuan tak guna yang Ayah saya dapat dengan perempuan rambang itu kah?" Huo Yanyan, anak kepada perempuan simpanan itu berkata dengan lancang. Dia benar-benar dimanjakan dan langsung tidak hormat pada sesiapa.

"Anak perempuan tak guna? Kalau kamu kata begitu, emak kamu juga perempuan simpanan. Adakah kamu anak perempuan tak guna juga?" Huo Siqian berkata dengan senyuman, seolah-olah dia bergurau.

Riak wajah Shen Jiani berubah mendengarkan kata-kata Huo Siqian.

Huo Yanyan juga tidak gembira. "Abang Long, mana mungkin kamu bandingkan saya dengan dia? Saya membesar dalam Keluarga Huo dan emak saya ada pangkat. Emaknya bukan siapa-siapa. Dia cuma lah perempuan jalang yang lari dengan pemandu Ayah."

Huo Mian hanya merenung dingin pada Huo Yanyan dan berkata, "Orang yang berpelajaran tidak akan berkata kasar begitu. Nampaknya, adab anak perempuan yang berdarjat dalam Keluarga Huo tidaklah begitu elok."

"Adakah kamu mengatakan yang saya tidak beradab?" Huo Yanyan begitu marah sehingga dia hampir melompat bangun.

Tetapi, dia dihalang oleh Shen Jiani. "Yanyan, jangan buat masalah. Ingat di mana kamu berada sekarang."

"Memandangkan kamu sudah berada di sini, mari jaga Dewan Berkabung bersama-sama. Quan, berikan satu kain berkabung kepadanya." Huo Zhenghai akhirnya membuka mulutnya untuk bersuara.

"Ya, Tuan Tua."

Kemudian, pembantu itu membawa kain berkabung yang panjang dan berwarna putih. Huo Mian mengambil kain itu dan mengikatnya di sekeliling kepalanya.

Selepas itu, dia perlahan-lahan berlutut di sisi Dewan Berkabung itu.

Potret neneknya diletakkan di tengah-tengah bilik itu. Neneknya kelihatan peramah dan baik.

Huo Mian berasa sedih, tetapi tidaklah sehingga menitiskan air mata. Itu akan kelihatan terlampau dibuat-buat.

Ahli Keluarga Huo akan melutut buat seketika sebelum berehat. Huo Yanyan hanya melutut untuk seketika sebelum merungut pening dan diiring pulang ke rumah agam.

Huo Siyi juga melepaskan diri atas alasan melayan rakan-rakannya. Akhirnya, hanya Huo Mian dan Huo Siqian yang tinggal di dalam Dewan Berkabung itu.

"Mian, kamu patut berehat jika kamu penat. Kamu tidak perlu kekal melutut di sini."

"Saya tidak penat." Huo Mian berkata sambil membakar kertas colok di dalam besen.

"Sudah hampir makan malam. Kamu patut pergi basuh muka kamu."

"Saya tidak lapar." Huo mian menolak sekali lagi.

Huo Siqian merenung wajah Huo Mian dalam diam.

Selepas beberapa detik yang agak lama, dia berkata, "Jika bukan kerana kematian nenek, kamu pasti tidak akan masuk ke rumah ini lagi, kan?"

"Ya."

"Kamu sangat berterus terang." Huo Siqian berkata dengan senyuman.

Huo Mian tidak bercakap. Dia hanya menggumam doa untuk neneknya dalam diam.

-30 minit kemudian, di meja makan-

Huo Zhenghai memandang sekeliling tetapi tidak ternampak akan Huo Mian. Jadi, dia bertanya, "Mana dia?"

"Dia masih mengawal Dewan Berkabung. Saya sudah suruh Siqian jemput dia untuk makan malam tetapi dia kata dia tidak lapar." Isteri Huo Zhenghai, Jiang Hong berkata.

"Tidak lapar? Saya rasa dia hanya berpura-pura untuk nampak baik di hadapan Ayah. Perempuan palsu betul." Sampuk Huo Yanyan.

"Yanyan, jangan mengarut."

"Mak, saya hanya cakap apa yang betul. Kawan sekelas saya kata orang kebanyakan semua kelihatan jujur. Tapi, mereka yang paling banyak membuat tipu helah. Mereka hidup di taraf masyarakat yang paling rendah. Jadi, mereka sudah banyak melihat perkara buruk. Ayah, Ayah jangan percayakan dia…"

Huo Zhenghai memandang sekilas pada Huo Yanyan tetapi tidak berkata apa-apa…

"Saya tidak rasa Huo Mian berpura-pura. Dia tidak perlu membodek Ayah. Lagi pun, Ayah bukannya buat apa-apa untuk dia selama ini. Huo Mian nampaknya sudah terbiasa dengan perkara itu."

Riak wajah Huo Zhenghai berubah apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Huo Siqian.

Memang benar. Dia sudah terlupa yang dia ada anak perempuan yang lain. Jika bukan emaknya yang meminta dia menjemput Huo Mian kembali semasa dia nazak, Huo Zhenghai tidak akan menghubungi Yang Meirong.

"Mari makan." Huo Zhenghai berkata selepas diam seketika.

20 minit kemudian, semua orang perlahan-lahan kembali berkumpul di dalam Dewan Berkabung itu.

Jiang Hong berkata perlahan-lahan, "Zhenghai, pakar feng shui mengatakan yang seseorang perlu menjaga Dewan Berkabung malam ini. Seseorang perlu menunggu di sini sepanjang malam dan sebaiknya orang itu seorang perempuan kerana aura orang lelaki akan mengganggu. Mak sukakan Yanyang sebelum dia meninggal. Jadi, mungkin Yanyan yang patut menjaga Dewan Berkabung malam ini?"

Air muka Huo Yanyan segera berubah. Dia berkata, "Ibu, saya tidak boleh. Saya ada tekanan darah rendah jadi saya selalu pening. Mak saya menghubungi doktor yang akan datang nanti untuk berikan saya suntikan IV. Kenapa Ibu tidak minta abang-abang saya untuk menjaga Dewan Berkabung?"

Menjaga Dewan Berkabung seorang diri? Mana mungkin dia akan buat eprkara seteruk itu? Dia kan puteri Keluarga Huo!

Shen Jiani berkata dengan tergesa-gesa, "Betul tu , Kak Long. Yanyan tidak begitu sihat. Apa kata saya yang jaga Dewan Berkabung untuknya?"

"Tidak. Orang itu mestilah daripada generasi yang muda."

"Mak, biar Huo Mian yang buat." Kata Huo Siqian.

Kemudian, semua orang memandang ke arah Huo Mian. Huo Mian sudah mendengar apa yang mereka katakan. Ia bukan masalah besar baginya kerana dia sendiri berniat untuk menghantar neneknya pergi buat kali terakhir.

"Kamu okey kalau kamu buat seorang diri?" Jiang Hong bertanya.

Related Books

Popular novel hashtag