Mesej tersebut daripada Huo Siqian…
"Apa yang kamu buat?"
Sebaik sahaja Huo Mian membalas, dia mendengar pintu pejabatnya dibuka…
Pintunya dibuka dengan senyap dan membuatkan dia berasa takut.
"Apa yang kamu buat dekat sini seawal pagi ni?"
Melihat Huo Siqian tiba-tiba muncul di belakangnya membuatkan Huo Mian terkejut.
"Kamu memang gadis tak berhati perut. Perkara yang sangat baik dah berlaku dan kamu tak jemput pun saya untuk raikan. Kamu sanggup jemput Wei Liao daripada hubungi saya, saya dah jaga kamu dengan elok."
"Macam mana kamu tahu?" Huo Mian berkerut.
"Dah tentu Pengarah Wu akan beritahu saya sesuatu yang besar macam kenaikan pangkat kamu, semua orang tahu mengenainya. Sebagai presiden Syarikat Huo, dah tentu saya tahu, kan? Kamu ingat saya dermakan sepuluh juta ke Bahagian Selatan tanpa sebab?"
Huo Siqian tersenyum…